CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Rakyat = Daun Palas

assalamualaikum...

selamt hari buruh..so korang mst bestkn bercuti 3hari ..
aku baru sampai umh sw , blk kg r 3ari cuti babe..

ok xmo story bout blk kg utk entry ni,aku nk tulis bout apa kaitan Rakyat ngn Daun Palas..

macam berbeza kan rakyat n daun palas,mmg berbeza dr segi rupa,sifat dan jenis tp dari segi kepentingan hampir sama..

naper??? meh aku story tp korang kene baca sampai abis k..

Rakyat
dicari time pilihanraya oleh pemimpin(org politik)

Daun Palas
dicari time raya oleh orang islam(nk wt ketupat palas)

Rakyat
amat penting time pilihanraya

Daun Palas
Amat penting time raya

Rakyat
Walau duduk kt pedalaman @ jauh mana pun akan dikunjungi pemimpin politik time pilihanraya

Daun Palas
orang sanggup masuk hutan kuar hutan nk cari daun palas time raya

Rakyat
dilupakan setelah habis pilihanraya

Daun Palas
dilupakan setelah habis raya

so, cuba tengok , nilai dan renung2 kn

eh , tp 1 perbezaan yg amat ketara antara Rakyat n Daun Palas .. iaitu:


Rakyat : ada akal dan kuasa untuk memilih pemimpin
Daun Palas : Xda akal n Xda kuasa untuk memilih nasib sendiri



p/s : my mum yg ckp rakyat mcm duan palas jer..btl gk kn..

Thursday, April 28, 2011

Reformasi pru - 13

adakah anda bersedia untuk hadapi REFORMASI lagi sebelum pru -13????

sila bersedia kerana tanda-tanda awal sudah ada.antara nya:

  1. kes liwat dsai masih belum selesai , so mungkin dsai akan dibawa ke lokap lagi????
  2. kes video seks dsai masih ditayangkan di pawagam berhampiran anda, so bimbang rakyat akan protes sebab gambar xjelas setelah beli tiket mahal2
  3. BN risau sejarah kejatuhan mereka pada pru- 12 berulang macam lagu newboy " sejarah mungkin berulang"
  4. Rumah PM kt putrajaya masih belum siap diubah suia jadi rakyat akan protes sebab risaukan keSELESAan PM and our luvly 1sr lady.

Wednesday, April 20, 2011

emel 1malaysia .. i ike ..

Emel 1 malaysia?? mesti makcik2 ngn pakcik2 kt kg pedalamn sana amat gembira dengan projek baru kejaan 1malaysia ni kn..


yelah lepas ni mereka semua senang nk berhubung dengan dunia luar..
mungkin dengan projek emel 1malaysia ni nanti dapatlah mereka menambah pendapatan , boleh la mereka memasarkan @ mengiklan kn produk dan perkhidmatan mereka dimata didunia..

ini mungkin apa yang penduduk dipedalamn fikir


kak kiah " lepas ni boleh lah aku cerita kan pada dunia ttg ulam-ulaman yang aku kutip kt hutan blakang rumah ni, semoga hasil jualan aku meningkat selepas ada emel 1malaysia" (kak kiah peniaga ulam)

pak hamid " alhamdulillah ingat juga Dato' seri kt org kampung mcm aku ni kn, boleh lah aku jual hasil hutan ni pada dunia "


maka berangan2 lah orang2 di kawasan pedalamn ini berkenaan emel 1malaysia yg akn diberi secara percuma kepada mereka..

ye lah setelah bertahun2 hidup dlm kesusahan, dimana mlm hanya ditemani lampu minyak tanah dan sinaran bulan yg menerangi rumah2 mereka yang masih tidak mampu memiliki bekalan letrik , akhirnya dengan ehsan kerajaan mereka akn memiliki emel 1malaysia..

tentulah mereka berasa amat gembira...

hmm... hebat kn projek baru kerajaan malaysia ni..
xpayah ada letrik atau lain2 kemudahan pn coz dgn emel 1malaysia yg diberi secara percuma ini rakyat semua boleh senang,ekonomi rakyat akan meningkat......


hebat kn...... (tangan didada , mata keatas)

Wednesday, April 6, 2011

semut mati pun sebab parti politik ker?

baru2 ni kes cikgu denda budak then budak yg didenda 2 mati..semua org salahkan cikgu 2..yang lagi pelik sampai kaitkan ngn isu politik lak..


aku pelik btl r masyarakat sekarang ni,semua bnd pn nk kaitkan ngn politik.. dari kes brg naik hrga,kes mahkamah,kes gado suami istri,kes wt seks kt otel , kes tsunami sampai kn kes kecik2 semua k kaitkn ngn politik ... ades rasional r cket babe..

if kes2 hrg brg 2 logik ler nk kait ngn politik , ni kes bdk mati kena denda apa kaitan ngn parti politik bro???

ade ke bdk 2 kene pukul sebab dia punya parti politik pilihan dia??? ke sebab dia jadi wakil rakyat untuk parti politik pilihan dia??? ke sebab dia ada pegi bom org ?? ada ker ?? xkan..

so kat mana rasionalnya kes ni ngn pembabitan mana2 parti polotik???

xde kaitan kan... hai nk berhujah pun biar r ada point yg munasabah...


pasni korg g kedah then tetbe ayar keta krg pancit so krg nk salah kn parti politik gak ker????


hai pk2 ler sebelum bercakap k...


assalamualaikum..(aku bg salam ni sebab kiter sesm islam bkn sebab politik k ).. ;)

Thursday, February 4, 2010

Panassss....

ades dh lama aku xikut perkembangan politik malaysia terchenta ni..baru ari ni dpt baca blog2 sahahat2 seperjuang , masih banyak isu hangat yg berlari-larian kt dlm politik malaysia rupanya..

dari kekuranagn peruntukkan bajet dlm kerajaan spi ke kes liwat...dari kes bubar DUN perak spi ke kes GEGAU MELAKA...

sudah ketingalan nmpkny aku dlm isu2 terkini ni.

apa pn kepada semua rakyat malaysia sama2 berfikir secara BENAR dan IKHLAS mana yg betul dan mana yang salah..

Monday, October 12, 2009

Cari Hikmah

Tahniah aku ucapankan untuk UMNO kerna usaha pelaburan mereka untuk BAGAN PINANG telah memberikan hasil yg amat membangga dan mengembangkan mereka..

Nampaknya UMNO kali ini dapat tersenyum sampai ketelinga,bahkan mungkin juga bisa tersenyum semasa lena kerna kegembiraan yg telah sekian lama dinantikan ini..Sekurang-kurangnya Pak Jib dapatlah sedikit kebanggaan dalam hal ini..Isa lebih lah lagi bangganya kerna setelah UMNO gagal teruk dlm Pilihan Rakyat sebelum ini..

Buat Pakatan Rakyat,ini patut dilihat dari sudut positif dan hikmah kerna ini peringatan buat kita supaya tidak terlalu merasa kita sudah dalam kedudukan selesa..Masih perlu muhasab diri dalam hal ini..Cari hikmah disebalik kekalahan ini..

Apa pun , terus kan perjuang...

Friday, October 9, 2009

Lagi Pemuda masuk UMNO

Wah kerajaan UMNO nmpak ny terus mendapat keahlian baru..hehe..
Berita RTM pagi ni menunjukkan 80 pemuda PAS kedah mendaftarkan diri masuk UMNO..Mmg hebat r UMNO..semalam plak sekumpulan pemuda PKR masuk UMNO...

Best kan dorg ni tuka parti trz glamer msk TV...tapi yang musykilnya yang masuk UMNO no semua org berjawatan..Contoh ny kt kedah AJK pemuda PAS (xigt lak nm kampung) masuk UMNO,ciap buat pengakuan kt TV lagi...Lagi pelik yang kononnya AJK pemuda PAS ni cakap pn tergagap-gagap,ckp mcm baca skrip je... hehehe...aku rasa dorg ni juz nk buat gempaq je,ntah mamat mana ntah dorg upah melakonkan watak "AJK pemuda PAS" .... hehe..

TAhniah k buat pelakon semua...hehehehe

Wednesday, August 26, 2009

Permatang Pasir 8-1

Maaf ye lambat cket aku tulis bout keMENANGAN PAS diPERMATANG PASIR...
Alhamdulillah rakyat permatang pasir sudah membuat keputusan yg tepat dengan mengundi PAS..
Tahniah aku ucapkan kepada YB Mohd Salleh Man

Kepada BN aku ucapkan takziah...teruzkan usaha anda...aku nk ucap tahniah pun xleh sebab BN kalah teruk sangat(pas menang MAJORITI 4,551)..Janganlah nk guna ayat pemujuk hati macam kt Manik Urai pulak k..

Pak Jib kan sudah tau kenapa BN kalah diPermatang Pasir jadi aku rasa baiklah Pak Jib gtau kepada Muhy supaya sama-sama boleh berfikir apa nk buat untuk kembali tersenyum dengan riang...Jangan hanya berkobar-kobar membuat slogan sana-sini tapi hasilnya masih kabur malah hampir tidak kelihatan...

Kepada YB Mohd Salleh Man semoga menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat kepada YB dengan bijaksana,amanah dan ikhlas..Teruskan perjuang untuk membela nasib rakyat..

Tuesday, August 25, 2009

Permatang Pasir

Ades cam dh lama aku xtulis bout politik malaysia..Kenapa dah lama xtulis?busy ngn benda lain akhir2 ni..banyak sgt hal-hal personal yg perlu diutamakan..

Aku tetap ikut perkembangan politik negara melaysia terchenta ni cuma xberkesempatan untuk mengkomentarkan isu-isu hangat kat sini...

Hari ni hari mengundi bagi DUN Permatang Pasiq...seperti biasa banyak gosip2 politk + janji-janji manis yg bertaburan dan berterbangan di Permatang Pasiq sejak diumumkan akan diadakan pilihanraya di Permatang Pasiq...

Bulan puasa ni aku malas nk panjang-panjang isu-isu hangat kt sini,kang kurang plak pahala posa aku..

Apa-apa pun aku amatlah tidak sabar untuk menunggu keputusan pilihanrakyat Permatang Pasir...

Wednesday, July 15, 2009

Tahniah M.U

Aku nk ucapkan tahniah kepada semua pengundi di MU @ dalam erti kata lain tahniah kepada penduduk Manik Urai saudara semua telah membuat pilihan yang bijak...


Tuesday, July 14, 2009

Keputusan Terkini di Manik Urai

Alhamdulillah Pihak yg benar menang pada pilihanraya di Manik Urai (MU)..
Penduduk MU masih dgn pendirian dan masih memberi kepercayaan kepada kepimpinan PAS walaupun BN menjanji kn Jambatan & Anak emas kepada penduduk MU...
Tapi seperti biasa BN tetap meneruskan lakon lagak COOL diorg pada rakyat malaysia dgn mengeluar kenyataan "sudah ada peningkatan penerimaan penduduk MU,PAS hanya menang tipis"...hehe biasa lah cakap2 untuk sedapkan hati sendiri...

So Dato' seri najib macam mana penilaian 100 hari berdasarkan keputusan pilihanraya MU ni???
Tak pa,trzkn usaha k Dato' seri Najib untuk mengotakan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...jangan plak yg jadi KRONIK DIDAHULUKAN POKETKU
DIUTAMAKAN sudah laa...


Hmmm....amacam peraih ikan dipilih menjadi wakil rakyat?hebatkan...ni barulah membuktikan wakil rakyat yg dilantik bukan berdasarkan kedudukan @ status kerjaya tapi berdasarkan kebolehan wakil rakyat serta keselesaan rakyat untuk berhubung dgn wakil rakyat...
Kepada YB Fauzi Abdullah,jalan kn tugas yg diamanah kan Allah dengan ikhlas dan sempurna...Semoga dirahmati ALLAH sokmo deh....


Kepada BN diharap terima kenyataan ini dgn hati terbuka,jange dok buat muko cmni dah r k...



p/s : kepada pihak yg menang >> Bersyukur dan perbaiki kelemahan
kepada pihak yg kalah >> Muhasabahlah diri

ANAK EMAS & JAMBATAN

Sakit ati je tgk berita kt tv9 tadi,topic apa??
Apa lagi sekarang ni MANIK URAI dah jadi manik emas kt malaysia ekoran pilihanraya yang akan berlangsung 14julai2009,semua berita tertumpu di MANIK URAI..

Yang aku sakit ati bukan apa,berita yg disiarkan hanya menunjukkan keburukan Pakatan Rakyat sedang kn yg baik dan muluk2 semua dari BN..dimana ketelusan media?Nampak sgt berita hanya menyiarkan kebaikkan KERAJAAN PUSAT..

Banya isu yg berbangkit tentang janji2 BN dimanik urai,antara yg menarik perhatian aku
jika BN menang
"MANIK URAI AKAN JADI ANAK EMAS KERAJAAN PUSAT"
"AKAN BINA JAMBATAN DIMANIK URAI"

Jadi kat sini terbukti r BN hanya menjaga orang2 yg menyokong dia sahaja,tapi kita semua kn rakyat malaysia ...walaupn menyokong PR tapi stil RAKYAT malaysia..Dato' Seri Najib kn berpegang kepada slogan RAKYAT DIDAHULUKAN bukan PENYOKONG BN DIDAHULUKAN so if hanya sekiranya penduduk Manik Urai menyokong BN baru dibina jambatan jadi mana kebenaran Kata2 Suami tersayang Rosmah Mansur ni?????

Berkenaan ANAK EMAS lak,apa ni NAJIB..Belum apa2 dah tunjuk kan sifat pilih kasih..Kenapa nak beza kan manik urai ngn tempat lain..kalau MANIK URAI jadi anak Emas macam mana ngn org FELDA?Dato' Seri NAjib nk jadi kn FELDA anak apa lak kalu Manik Urai jadi Anak Emas???
Takkan nk anak Tiri kn FELDA??..ish2..mesti ANDA dalam delima kn...


Apa2 pn bak kata Tuan Guru Nik Aziz "Undilah PAS,tak dok satu alasan pun untuk undi BN"
Aku sokong Tuan Guru Nik Aziz...




Akhirulkalam undilah siapa yang layak untuk membela nasib anda sebagai rakyat.. Undilah org yg senang untuk mendengar masalah kita bkn org yg hanya muncul untuk kempen pilihanraya sahaja...


p/s : xsabar nk tgk keputusan di Manik Urai




Thursday, June 18, 2009

Altantuya

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga

Aku wanita Ajnabi merantau kemana-mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama

Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa

Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku

Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah



Karya : Mohamad Sabu



*aku cari web puisi,sekali aku jumpa sajak ni...cm best je so aku publish kt blog aku



Saturday, June 13, 2009

KERAJAAN PERPADUAN

Aku tertarik dgn berita yg baru aku tgk kt tv3 jp td (berita terkini),berita ny bout 'Kerajaan Perpaduan..isu ni timbul selepas pilihanraya yg lalu,dimana Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyuarakan cadangan berkaitan menubuhkan Kerajaan Perpaduan..

"Pendekatan dalam mewujudkan perpaduan ini mestilah memenuhi segala ciri dan sifat fitrah naluri yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Manusia bukan sahaja boleh disatukan sebagaimana menyatukan batu-bata dalam mendirikan bangunan, kayu yang mendirikan perabot tidak boleh disatukan begitu sahaja kerana manusia bukan sahaja jasad, mereka mempunyai hati perut dan perasaan. Dengan sebab itu pendekatan yang perlu diambil dalam mewujudkan perpaduan mestilah merangkumi segala aspek yang ada dalam naluri kejadian manusia itu sendiri." Datuk Seri Abdul Hadi Awang...


hmm cm menarikkan isu ni,menubuhkan kerajaan tanpa Parti Pembangkang...Bunyi ny hampir mustahil untuk di rialisasikan...Mungkin boleh PAS bersatu dgn UMNO tapi apakah mungkin Barisan Nasional bersatu dgn Pakatan Rakyat???

Tapi if bnd ni betul2 terjadi,alhamdulillah..aman r malaysia yg sememangnya aman ni
...Aku ada juga cari info bout this topic, apa yg aku paham berdasarkan pembacaan aku..kerajaan perpaduan ni dicadangan kan sbb berlaku ny ketegangan politik yg boleh dikira agak kritikal dewasa ini jadi idea Kerajaa Perpaduan ni mungkin satu penyelesaian kepada masalah politik negara kita sekarang.

Berdasarkan apa yang aku paham Kerajaan Perpaduan bermaksud satu kerajaan tanpa pembangkang dimana kerajaan pemerintah bergabung dgn pakatan rakyat dan bersatu memerintah negara tanpa ada isitilah menguasai mana2 pihak.. dalam erti kata lain para pemimpin kena membuang rasa menguasai dlm diri untuk kepentingan negara..

So kt sini if PM Dato Seri Najib boleh merealisasikan sloga beliau iaitu Rakyat Di Utamakan mungkin beliau boleh berbincang 4 mata dgn Dato Seri Hadi Awang berkenaan hal ini..

Tapi if kita tgk dari sudut lain plak,apakah mungkin kerajaan pemerintah dan pakatan rakyat dpt duduk bersama memerintah dlm usaha memperjuangkan pahaman politik masing2..?????
memang kedua-dua pihak berbicara untuk memperjuangkan kepentingan rakyat TETAPI dgn cara dan pahaman yg amat berbeza..Jadi Kerajaan Perpaduan ini satu isu yang amat kritis utk dipikirkan secara logik berdasarkan situasi politik malaysia..

Lagi satu apa yg bermain difikiran aku if trtubuh ny Kerajaan Perpaduan ini siapa yang akan menjadi PM malaysia??memeng pada dasarny Kerajaan Perpaduan ini bererti tidak ada penguasaan mana-mana pihik diatas pihak yg lain tetapi ia masih memerlukan Seorang Ketua utk menggerak sesuati kerajaan,so kat sini mungkin akan timbul konflik yg lain..Maksud aku,PAS mungkin nk Pemimpin ny menjadi ketua,UMNO juga mungkin mahu menjadi ketua,PKR juga mungkin mahu menjadi ketua so disini akan berlaku sedikit pergolakkan if Kerajaan Perpadun ini ditubuhkan...

Hmm apa2 pn aku harap sebarang keputusan yg dibuat @ diambil oleh kerajaan pemerintah tidak lah hanya bersandarkan kepada kepentingan politik semata-mata dan jgn lah hanya menggunakan slogan untuk rakyat @ suara rakyat untuk meraih kepercayaan rakyat tanpa melakukan sesuatu yg benar2 memberi faedah kepada seluruh rakyat malaysia...Jangna hanya memberi faedah kepada rakyat yg berkepentinagan sahaja...


......RAKYAT BUKAN BAHAN UJIKAJI.......

Thursday, May 14, 2009

Krisis Politik Perak

Lepas pilihanraya umum ke 12 (8mac2008),banyak perubahan dalam erti kata lain terlalu banyak pergolakan politik yang berlaku di negara kita...
Sebenarnya sebelum diumum kan keputusan piliharaya ke 12,aku dah mengagak yang parti pakatan rakyat akan menang besar kerana semasa piliharaya ke 12 yang lepas keadaan fonomena politik dunia(politik negara2 lain didunia) menyaksikan beberapa parti pembangkang memenangi pilihanraya dinegara masing2..jadi sedikit sebanyak aku dapat mengagak kemenangan pakatan rakyat(PR) diMalaysia..
Tapi aku bkn nk membincangkan tentang pilihanraya yg lepas ...

aku agak tertarik ngn krisis politik perak,dh jadi mcm apa dh negeri perak..kejap PR yg jd MB pas 2 BN pas2 dapat kt PR
Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin diumumkan jadi Menteri Besar Perak,aku bersyukur coz PR kembali memerintah Perak..pas 2 masuk lak kt brita yang Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tetap memegang jawatan Menteri Nesar Perak sementara mendapat keputusan dari mahkamah rayuan...
Dah macam main bola,kejap dapat kt PR kejap dpt kt BN...

Aku sedikit keliru dengan perlucutan jawatan
Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini kerana hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan..
Jadi apa kah yg telah berlaku semasa kerajaan mengumumkan
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak sedangkan menurut undang2 seperti yang disebut oleh hakim Abdul Aziz Abd Rahim bahawa MB hanya akan dipecat melalui undi tidak percaya di DUN tidak berlaku semasa pemecatan jawatan Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin....

Sekarang lebih mengelirukan aku ,apabila dah mahkamah persekutuan mengumumkan
Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak semula tetapi mengapa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir masih diberi memegang jawatan sebagai MB Perak sedangkan dah terbukti beliau memegang jawatan MB secara tidak sah mungkin dalam erti kata lain secara haram kerana tidak mengikut undang2 yang telah ditetap kan....

Seandainy hal ini tidak dapat diselesai kn dalam masa terdekat aku rasa perkara ini akan merugi kan rakyat,membazir masa dan wang juga trt terbazir dengan kemelut politik yang belum tahu bila kesudahan nya..

Aku harap Pihak yg BENAR akan menang...