CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 28, 2009

SAGU SANTAN GULA MERAH


INGREDIANS

  • SEGEMGAM BIJI SAGU,
  • 1/2 CAWAN SANTAN (PEKAT IKUT SUKA)
  • 2 SUDU BESAQ AYAQ GULA MERAH
  • SECUBIT GARAM,
  • SEDIKIT PEWARNA HIJAU (PENCELUP).
  • CARA2 SEDIKAN SAGU


Cara-cara

  • Bahan A
  1. MASUK SERBUK WARNA HIJAU KEDALAM SAGU.
  2. RENDAM SAGU SELAMA 20 MINIT DALAM SEDIKIT AYAQ AGAK2 TENGGELAN SIKIT JA.
  3. DIDIHKAN SEDIKIT AYAQ, BILA MDIDIH MASUKKAN SAGU BSAMA AYAQ RENDAM TAD. KACAU SAMPAI SAGU JD BERKILAT.
  4. ANGKAT DAN MASUKKAN DLAM APA2 BEKAS YG SESUAI.. BILA SEJUK MASUKAN DLM P.AIS.

  • Bahan B
  1. PERAHKAN SANTAN N CAMPURKAN GARAM.
  2. MASAK GULA MERAH DGN AYAQ


*Hidangan untuk seorang
*
KALAU NK SEDAP MASUKAN SUSU CAIR,




SLMT MENCUBA DAN MRASA.


p/s:kak hanim(kakak aku) yg bagi resepi ni


Award



Aku Dapat Award dari Hannie Luv Vespa

1) Sile copy award ini di blog anda:

♥Kawan Yang Baik Adalah Yang Selalu ada Untuk Kita..

Aku suka sembang ngn teman tapi mesra ku..hahaha






4) Pilih penerima award seterusnye ..

Afzan
Jaja
♥ Ieka
♥ Zuwairy
Mady

♥ Kepada sesape nk amik award ni

Menghitung Waktu



Tidak sabar rasanya hati ku ingin berjumpa sama ayahanda dan bonda dikampung..hehe,terklasik la plak bahasa aku tika ini.Pada esok pagi aku akan pulang kekampung halaman ku yang terchenta di Negeri Kedah nan permai sana.

Flight pagi esok jam 7.15pagi,gila awal nampaknya sebelum subuh aku kena sampai kt airport..Lagi baik if aku terus je berkhemah di airport mlm ni..hehe,lagi senangkan..

Tak sabar nk berbuka kt kampung,nk makan masakan mak aku..masakkan yang paling aku rindu nk makan time bulan posa ni adalh Ayam Panggang yg Mak aku wat..fuh memamng sedap hingga mengigit kaki ayam..(ades dh terasa kesedapan ayam panggang kt lidah aku..haha).

okey lah kau nk sambung menghitung waktu ni...




Rahsia Tarian Poco-poco


"Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini."


Ni email yg aku dapat dari adik aku..Setelah aku dapt email ni aku ada membuat sedikit kajian(cari-cari kt internet jer) berkaitan dengan tarian Poco-poco ni..Ada beberapa blog yang turut menbangkitkan isu ini,aku juga telah mencari beberapa video (youTube) Tarian Poco-poco..Aku cuba mengamati gerak tari tarian ini untuk mencari dimana gerak tari yang dikatakan Membentuk Salib itu..

Setelah aku memerhati beberapa Video Tarian Poco-poco aku dapati gerak kaki tarian ini memang Membentuk Salib..
Kalau korang penah menari tarian ini cuba korang buat dan pikiranka betul ke tidak gerakan kaki tarian ini membentuk salib..

Aku menulis sekadar pengetahuan dan ingatan buat renungan kita bersama..
Jika aku salah sila beri teguran disini..




Perginya Seorang Negarawan

Semalam negara kita kehilangan satu tokoh besar dalam bidang ekonomi dan saya kira kita telah kehilangan seorang insan yang amat besar jasa kepada negara Malaysia..

Beliau ialah Senator Prof. Dr. Ismail Salleh.Arwah merupakan Senator pertama yang dilantik dikalangan Orang Kelainan Upaya (OKU),cacat penglihatan.Arwah juga merupakan salah seorang yang menyumbang kepada idea Wawasan 2020.

Arwah meninggal dalam penerbangan dari china ke singapura.Arwah disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura kira-kira jam 8 pagi semalam(27Ogos2009).

Takziah kepada keluarga arwah..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman Allah.



AL-FATIHAH

Wednesday, August 26, 2009

Permatang Pasir 8-1

Maaf ye lambat cket aku tulis bout keMENANGAN PAS diPERMATANG PASIR...
Alhamdulillah rakyat permatang pasir sudah membuat keputusan yg tepat dengan mengundi PAS..
Tahniah aku ucapkan kepada YB Mohd Salleh Man

Kepada BN aku ucapkan takziah...teruzkan usaha anda...aku nk ucap tahniah pun xleh sebab BN kalah teruk sangat(pas menang MAJORITI 4,551)..Janganlah nk guna ayat pemujuk hati macam kt Manik Urai pulak k..

Pak Jib kan sudah tau kenapa BN kalah diPermatang Pasir jadi aku rasa baiklah Pak Jib gtau kepada Muhy supaya sama-sama boleh berfikir apa nk buat untuk kembali tersenyum dengan riang...Jangan hanya berkobar-kobar membuat slogan sana-sini tapi hasilnya masih kabur malah hampir tidak kelihatan...

Kepada YB Mohd Salleh Man semoga menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat kepada YB dengan bijaksana,amanah dan ikhlas..Teruskan perjuang untuk membela nasib rakyat..

TERAWIH

Semalam aku pergi terawih kt surau..
Aku berbuka kt umh so selepas menunaikan solat maghrib dirumah,aku pun bersiap-siap untuk pergi terawih disurau yang berdekatan...

Sampai je kt surau aku terus cari tempat untuk parking moto...
Dah parking moto aku pun terus menuju ke tempat Solat Muslimat..
Ramai pulak orang kt dalam surau,jadi aku pun tunggu je r kt kawasan luar surau(kt luar ni dorg dh bentang tikar untuk solat) tapi kt luar ni ramai budak-budak..dah bising lak 2...

Makcik-makcik semua dok kt dalam,aku cuba juga jenguk-jenguk kt dalam surau mana tau masih ada ruang dihati mu untuk ku..eh terjiwang tak bertempat lak...maksud aku,aku tengok-tengok kt dalam surau kalau masih ada ruang untuk aku masuk dan solat kt dalam tapi hampa belaka kerna ruang dalam surau dh penuh dgn jemaah lain yang sama-sama merebut peluang untuk menunaikan solat terawih...

Jadi terpaksalah aku menunggu dikawasan luar Solat Muslimat ni..Tapi aku masih berdiri dihadapan pintu surau untuk cuba memboloskan diri jika ada ruang kerna apabila semua jemaah berdiri mesti ada ruang untuk aku masuk...Tapi sekali lagi aku hampa..huhuhu...

Akhirnya aku bentang sejadah aku diluar,ada r 2,3 orang dewasa yang sama-sama solat kt luar dengan kanak-kanak yang ramai ni..Setelah azan isyak berkumandang,aku dan jemaah lain pun menunaikan solat isyak...

Dalam tengah solat 2,budak2 ni dok berbisik-bisik pulak...Aku sedikit terganggu dengan perangai budak-budak ni...Lepas solat isyak aku cuba tengok budak-budak yang bersolat tadi,semua dah besar-besar(umo dalam 9 - 12 tahun) tapi kenapa masih buat bising semasa sedan solat..Bukankah umur-umur begini sudah harus(mungkin ada yg dah wajib)bersolat lima waktu dan mematuhi hukum-hukum dalam solat...hmmmm.....

Okey,kita tinggalkan soal ketidak sopanan budak-budak ni....'Allahhuakbar' imam mengangkat takbir untuk rakaat pertama solat sunat terawih,lalu jemaah yang lain turut mengangkat takbir..
Solat sunat terawih berjalan dengan aman hingga ke rakaat yg ke 6..
Apa yang mengganggu ????? kecanggihan teknologi telah mengganggu,ades....Telefon Tangan(Handphone..hehe) sapo dok bunyi masa tengah solat...Dah r guna true tune............hmmmm....


Alhamdulillah,aku dapat juga menunaikan solat terawih pada malam ini....


Cuma untuk ingatan aku dan semua..

TOLONG OFF @ SILENT HANDPHONE SEMASA DALAM RUMAH ALLAH

Tuesday, August 25, 2009

Permatang Pasir

Ades cam dh lama aku xtulis bout politik malaysia..Kenapa dah lama xtulis?busy ngn benda lain akhir2 ni..banyak sgt hal-hal personal yg perlu diutamakan..

Aku tetap ikut perkembangan politik negara melaysia terchenta ni cuma xberkesempatan untuk mengkomentarkan isu-isu hangat kat sini...

Hari ni hari mengundi bagi DUN Permatang Pasiq...seperti biasa banyak gosip2 politk + janji-janji manis yg bertaburan dan berterbangan di Permatang Pasiq sejak diumumkan akan diadakan pilihanraya di Permatang Pasiq...

Bulan puasa ni aku malas nk panjang-panjang isu-isu hangat kt sini,kang kurang plak pahala posa aku..

Apa-apa pun aku amatlah tidak sabar untuk menunggu keputusan pilihanrakyat Permatang Pasir...

Monday, August 24, 2009

Ramdhan Ini

Alhamdulillah,hari ni sudah masuk hari ke-3 umat islam menjalankan ibadah puasa ramadhan tahun ini..
Semperna bulan ramadhan ni ramai antara kita yg berbuka dirumah dgn keluarga,ada juga yg berbuka bersama2 teman2 rapat yg sudah lama xberjumpa..Tak kurang juga yg berziarah kerumah saudara mara untuk berbuka bersama...
Ini merupakan amalan lazim dibulan puasa,amalan ini amat baik kerna dapt mengeratkan hubungan yg silaturahim..

Selain itu dibulan ini juga,ada diantara kita mengambil kesempatan pergi berbelanja untuk persiapan raya yg bakal tiba tidak lama lagi..

Bagi muda mudi yg sedang asyik masyuk bercinta plak akan menyambil kesempatan berbuka @ bersahur bersama kekasih hati...setelah penat berpuasa disiang hari,bila dapat berbuka bersama kekasih hati mungkin dpt menghilangkan kepenatan berpuasa..

Tetapi harus diingat jangan berlebih-lebihan dibulan puasa ini..Terlalu asyik berbuka sambil bercinta hingga terlepas solat maghrib dan terlepas peluang mengerjakan solat sunat terawih..
Dibulan puasa ini elakkan berjumpa sokmo seperti bulan2 lain..Kurangkan keluar 'Dating' dibulan yg penuh berkat ini..Walaupun niat untuk berbuka tetapi tidak perlulah sampai hari2 nk berbuka berdua...

Sesekali berbukalah bersama keluarga atau saudara mara atau 'housemate' atau rakan2 kita yang lain...Ambillah kesempatan ramadhan ini untuk mengeratkan silaturahim dan kurangkan nafsu2 untuk bercinta yg berlebihan...
Jangan terlalu asyik bercinta hingga mencemarkan kemulian ramadhan..Walaupun Syaitan bercuti pada bulan ramadhan ini kita harus igt didalam diri kita ada nafsu,nafsu tidak bercuti pada bulan ramadhan so berpada-padalah dlm bercinta pada bila2 masa dan jagalah kemulian ramadhan ini...Jangalah nanti puasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja....


Renung-renungkanlah......