CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 15, 2009

Al-Fatihah untuk Ustaz Asri Rabbani

Setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan akan dibawa
Berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiringi doa dan airmata
yang pergi takkan kembali lagi..


Bait-bait lagu ini sungguh bererti dan memberi peringatan pada setiap yg menghayatinya..
Tapi sekarang tiap kali menengar lagu ini pasti ahli keluarga dan teman2 rapat allahyarhan Ustaz Asri akan tersentuh hati kerna Allahayarham telah pergi meninggalkan kita semua pada 13ogos2009 yang lalu..

Ramdhan semakin hampir + Aidilfitri juga bakal menyusul..
Yang pasti aidilfitri kali ini kita tidak dapat lagi mendengar alunan Takbir Raya dari Ustaz Asri lagi...

Buat keluarga Arwah,aku ucapankan Takziah dan semoga tabah menghadapi ujian ini..Semoga kita berjumpa lagi disana nanti...


Kita pasti akan menyusul arwah jua........

Tuesday, August 11, 2009

Bulan Mega Pahala




Terasa cepat masa berlalu,bagai baru semalam aku menjamah tamar dimasjid Bukit Indah bersama jemaah tatkala azan maghrib dilaungkan menandakan masuknya waktu berbuka puasa bagi seluruh umat islam yg berpuasa... Kini Ramadhan bakal datang kembali,bersyukur kehadrat Ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan Ramadhan pada tahun ini..Semoga dengan Ramadhan ini dapatlah aku membetulkan diri+membersihkan diri dari kekotaran yg masih berbaki dalam diri... Aku mencari dilaman-laman cyber akan kelebihan bulan Ramdhan sebagai penambah semangat untuk menyambut bulan penuh berkat ini..Bulan yang penuh dengan kebaikkan.. Antara kelebihan bulan Ramadhan..

Rasullah S.W.A telah bersabda bahawa:
  • "Apabila telah tiba Ramadhan,maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan" hadis riwayat Bukhari , Muslim & Nasaa'i
  • "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keihlasan nescaya akan diamapuninya segala dosanya yang telah lalu" hadis riwayat Nasaa'i , Ibn Majah dan Baihaqi
  • "Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam)"hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi
  • "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya" hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasa'i , Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi
  • "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Rasullah S.A.W juga telah bersabda "Bulan Ramdhan,awalnya rahmat,pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka"

Betapa istimewanya bulan Ramadhan ini (untuk org yang menjalankan ibadat puasa) kerna Allah memberikan pahala dengan berganda-ganda hinggakan sekiranya kita tidur dibulan puasa pun dikurniakan pahala oleh Allah
..

Sabda Rasullah S.A.W “Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan“..

Masyaallah,begitu sekali pahala yang dikurniakan kepada umat islam yang menjalankan ibadah puasa..
Tapi harus diingat jalan mengsia-siakan bulan Mega Pahala ini dgn tidur aja kerna setiap amalan akan digandakan pahalanya..Malah setiap amalan sunat akan diberi pahala seperti amalan
fardhu..


Rasullah S.A.W bersabda " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"


Marilah kita sama-sama menjalankan ibadah puasa dengan sempurna..
Menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja tidak cukup tetapi kita mesti menahan diri daripada melakukan maksiat+menyumpat...Pendek kata jauhkan diri dari sekecik-kecik dosa hingga yang sebesar-besar dosa..
Jadi kan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk kita membiasakan diri melakukan kebaikkan dan amalan kepadaNya...



Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan.Yang pertama ketika berbuka puasa dan yang kedua bila bertemu Allah di akhirat nnt..

Antara Teruja dan Sedih di Bulan Ramadhan

Assalamualikum....
Selamat pagi semua.

Lagi 2 minggu menjelang bulan Ramadhan,ada prasaan teruja dihari untuk menyambut bulan Ramadhan..

Teruja kenapa ya???
Teruja nk menyambut bulan Mega Pahala coz pahala akan diganda kn pada bulan Ramadhan..
Teruja nk menjalankn ibadah puasa..
Teruja nk menunaikan kan solat Tarawih..
Teruja nk menikmati kemeriahan menunaikan solat terawih dimana masjid2 dipenuhi dengan jemaah..
Teruja nk berbelanja di pasar juadah (bazar Ramadhan)..

Tapi dalam keterujaan itu ada sedikit kesayuan dihati.
Kerna aku menyambut bulan Ramadhan sendiri di sini..
Tahun ini tahun ke-2 aku menjalankan ibadat Puasa sendirian..
Lagi sedey tahun ini aku xdapat balik sambut 1 Ramadhan di kampung ngn mak abah..

Maka seperti tahun lepas ,
Aku akan bersahur sorg2,
Kekadang berbuka sorg2 kt umh sewa,
Kekadang untuk menghilangkan kerindua berbuka beramai2 aku pergi berbuka dimasjid..
Berbuka bersama jemaah masjid yg lain,
Hujung minggu aku berbuka di rumah kakak2 aku @ rumah kawan2...

Tapi kebanyakkan hari aku berbuka dimasjid,
Selepas berbuka trz solat maghrib dimasjid,
Lepas tarawih blk umh..

Hope Ramadhan Kali ini akan memberi lebih ketenangan dan keinsafan kepada kita semua


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Monday, August 10, 2009

Hati Berbicara lagi

ku ingin rasa ini HILANG
ku ingin rasa ini PERGI
Ku ingin rasa ini MATI
kerna rasa ini memBUNUHku

Kenapa

Kenapa aku disini,
Kenapa aku harus lalui semua ini,
Kenapa aku hadirkan rasa ini,

Aku bosan jika terus begini,
Aku mahu rasa ini mati dan berlalu,
kerna rasa ini menyesakkan dada ku,


Bosan Aku Dengan Rasa dan Keadaan ini..
Tolong buat aku menyerti......
Aku perlukan pengertian........

Sekolah Menengah TekniK Sg Petani 2 (SMTSP2)




SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI PETANI 2




Lagu Sekolah

MENJANA KECEMERLANGAN SMTSP2

Kami putera puteri SMT Dua
Sehati dan sejiwa
Rela berkorban dalam apa jua
Mencapai cita-cita jaya

Berilmu budaya kita
Beriman pada yang Esa
Beramal sentiasa
Supaya hidup sejahtera

Padamu kami berikrar setia
Sentiasa terus mara
Mengharumkan namamu kepuncak jaya
Cemerlang kita selamanya



Sekolah Kebangsan Pokok Asam

Sedang aku memlayari internet,aku terjumpa ngn web sekolah rendah aku dulu...Ada lagu sekolah..so kira cm mengimbau kenagan masa sekoalh dulu kt perhimpunan mingguan ari ahad..Nyanyi lagu ni ramai2 ngn kengkawan sekolah


LAGU SEKOLAH

Berusaha bertekad satu cita
Kita pasti berjaya
Di bidang sukan dan pelajaran janganlah ketinggalan
Tunggak agama, bahasa dan budaya
Pekerti yang mulia kita tetap pelihara
Pelajaran Kunci Rahsia Alam tetap jadi amalan
Segera bergerak berwawasan
Sekolah Pokok Asam



http://www.skpa.edu.my