CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Coretan Pena [SaJaK]. Show all posts
Showing posts with label Coretan Pena [SaJaK]. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

LAUTAN

Tuesday, October 13, 2009

C.I.N.T.A


Cinta satu perkataan yang cukup ringkas tapi membawa 1001 macam cerita dan rasa.


Kerana CINTA orang boleh jadi sasau,
Kerana CINTA manusia bisa hilang pertimbangan,
Kerana CINTA yang gelap bisa bertukar cerah,
Kerana CINTA duka bisa bertukar suka,
Kerana CINTA juga bisa membuat suka menjadi derita.

Kerana CINTA tercipta ramai penulis handalan,
Kerana CINTA telah lahir berjuta insan bijak pandai,
Kerana CINTA telah lahir ribuan "sampah masyarakat"
Kerana CINTA juga banyak keluarga yang pincang,

Kerana CINTA banyak hati yang bahagia,
Kerana CINTA banyak juga hati yang terluka,








Monday, August 10, 2009

Hati Berbicara lagi

ku ingin rasa ini HILANG
ku ingin rasa ini PERGI
Ku ingin rasa ini MATI
kerna rasa ini memBUNUHku

Kenapa

Kenapa aku disini,
Kenapa aku harus lalui semua ini,
Kenapa aku hadirkan rasa ini,

Aku bosan jika terus begini,
Aku mahu rasa ini mati dan berlalu,
kerna rasa ini menyesakkan dada ku,


Bosan Aku Dengan Rasa dan Keadaan ini..
Tolong buat aku menyerti......
Aku perlukan pengertian........

Thursday, July 2, 2009

Rindu Pun Berlalu

Saat sepi bertamu dihati,
Rindu ini bertandang lagi,
Rindu yang telah lama menghilang,
Kembali merantai hati,
Rindu yang pernah menjadi teman dikala sendiri,
Rindu ini hadir bersama kenangan indah tika bersama,
Rindu ini juga membawa kepahitan tika bersama,
Kepahitan ini menyentap jiwa,
Lalu terpadam semua keindahan tika bersama,
Dan rindu pun berlalu membawa semua kenangan.......

Dalam Sepi II


Sepi ini indah,
Sepi ini memberi aku ruang menilai diri...

Disepi ini aku mencari kedamaian yang hampir hilang

Namun ku punya Hati

Aku bukan siapa-siapa,
Aku tak punya harta berjuta,
Aku tak punya rupa,
Namun ku punya hati yang lebih bernilai dari semuanya...

Mencari

Siang berganti malam,
Malam bertukar siang,
Namun yang dicari masih tidak ditemui,

Dari lautan aku ke hutan,
Dari lurah aku ke gunung,
Tapi pencarian ku masih belum berhasil,

Kembara ke kota hingga ke desa
Kembara ke utara hingga selatan,
Pencarian ini masih hampa,

Kenapa masih gagal bertemu apa yang ku cari?
Terlalu sukar kah apa yang ku cari?
Atau mungkin aku masih tidak mengerti apa sebenarnya yang kucari.....

Dalam Sepi

Dalam Sepi Aku Rindu
Dalam Rindu Aku Mencari
Dalma Pencarian aku Keliru
Kerna Aku tak Pasti dimana Penghujung Pencarian ini...

Pertemuan & Perpisahan

Tiap pertemuan pasti hadir perpisahan
Dan kita sering meratapi perpisahan
HInggakan kita takut pada pertemuan
kerna memikirkan seksanya perpisahan

Namun kita lupa,
Tanpa perpisahan takkan ada pertemuan
Dan tanpa pertemuan takkan ada perpisahan..

Jadi,
Adakah pertemuan yang patut dikesali
Atau
Perpisahan yang harus dirai??

A.K.U

Aku mungkin tidak selantang Umar menegakkan kebenaran,
Aku mungkin tidak sehebat Kahlid al-Walid di medan perang,
Aku mungkin tak sehabat al-Ghazali mengarang kitab,
Aku mungkin tak segah Iskandar Zulkarnain memimpin negara,
Aku mungkin tidak sekuat Sumayyah menempuh ujian,
Namun,
Aku masih punya semangat mereka,
Pena ini kekuatan ku...