
Monday, April 5, 2010
Perjanjian Yang Dilupakan
Coretan >>> GreenWave at 11:25:00 PM 0 What say You Dude
Label Info, Juz Want 2 Share, Kehidupan
Bunda , Mak , Ibu , Mama , Mumy
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel? aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ?ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan? yang paling cepat marah..ibu
Bila takut? yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk? yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon? Ibu
Bila seronok? orang pertama aku nak beritahu?Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? aku cari pasanganku
Bila sedih? aku cari Ibu
Bila berjaya? aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti? aku bawa pasanganku
Bila sibuk? aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu?
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ?.. aku ingat pasanganku
Selalu? Ibu ingat kat aku
Bila..bila? aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ?aku nak talipon Ibu
Selalu ?aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak
berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak
sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.
Coretan >>> GreenWave at 11:19:00 PM 0 What say You Dude
Label Email, Info, Juz Want 2 Share, Kehidupan
Thursday, April 1, 2010
APRIL FOOL
hari ni 1 april 2010..april fool kembali menghantui org2 yg FOOL utk meraikan 1 april ni..
masa zaman kejahilan ku dulu,aku sering meraikan april FOOL ni ngn meng'FOOL'kan kawan2 masa kt sek dulu..
tp alhamdulillah sekarang aku tidak lagi berminat utk meraikan 1 april sebagi APRIL FOOL ..
hmm soklan yg amat baik dan soklan yg akan memberi 1 info sejarah yg amat berguna utk semua(insyaALLAH)..aku nk ajak semua pembaca dan teman2 yg sebelum ni masih tertanya2 kenapa xleh sambut APRIL FOOL utk menyelak lembaran sejarah yg hampir @ tidak pernah diketahuai oleh teman2 semua sebelum ini..
Sebenarnya APRIL FOOL adalah salah satu hari yg dicipta oleh org kristian (sama cm VALENTINE DAY) atas sbb memperingati sesuatu hal berkaintan agama mereka dan natijah nya org ISLAM (yg tidak mengetahu sejarah sebenar) turut serta meraikan apa yg diraikan oleh org kristian..
Sebenarnya tarikh 1 april ini diraikan kerna tentera kristian telah berjaya membunuh ribua umat islam disepanyol semasa kejatuhan kerajaan islam disepanyol .
Tentera kristian percaya mereka telah berjaya memperbodohkan umat islam diwaktu itu dan menggelar hari mereka memperbodohkan umat islam sebagai APRIL FOOL.. (sejarah yg lebey jelas ada dientry berikutnya)..
Jadi kita sebagai umat islam adalah amat BODOH utk meraikan hari tentera kristian membunuh umat islam dgn cara yg dilakukan sekarang..dengan bersuka2,memperBODOHkan kawan2..
Coretan >>> GreenWave at 4:05:00 PM 0 What say You Dude
Label APRIL FOOL, Info, Juz Want 2 Share, Kehidupan, sejarah april fool, umat islam dan april fool
Monday, December 14, 2009
TEMAN SERUMAH DICARI,AMPANG
FLAT LEMBAH PERMAI
(berdekatan bukit blacan+Flat Baru)
· 3 Bilik tido + 1 toilet
· 10 mnt dr LRT Ampang
· 5 mnt dr carefour Ampang
·
· Perempuan
· Muslim
· Bekerja
SEWA = RM200/MONTH
DEPOSIT = 2 + 1 + RM100 (API&AIR)
Sila hubungi : Plzzz leave ur coment here
KEMASUKKAN JANUARI 2010
Coretan >>> GreenWave at 4:33:00 PM 0 What say You Dude
Label belanjawan, Info, Juz Want 2 Share, Kehidupan
Monday, December 7, 2009
24tahun dah..hehe
Okey aku mula dengan birthday aku , 4 dec baru ni.. trimas untuk semua member yang wish birthday kat aku.. trima kasih kerna korg ingat birthday aku + trima kasih Untuk ucapan2 yang korng bagi,aku pun doakan korang bahagia dan berjaya dalam hidup
kak sha
syima
bani
tiny
nadia
hannie
adik
jobstret
atul
jehan
kak yana
are-long
darx
kak ayu
kak ilah
kak liza
bunda
kak anim
kak nisah
hidawatie
syasya
aina
ieka
ieda
yanz
kak aini
nurul nadia
jue
tok moh
winna
suma
emma
kak zura
Coretan >>> GreenWave at 12:17:00 PM 2 What say You Dude
Label Info, Juz Want 2 Share, My Life
Wednesday, November 25, 2009
Pemanasan Enjin - Perlu Ke Tak?
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.
Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?
Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. . Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature" . Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.
Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.
Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?
Save The Planet.
Coretan >>> GreenWave at 1:40:00 PM 0 What say You Dude
Label Email, Info, Juz Want 2 Share
Monday, November 2, 2009
Nak UPDATE blog
Lama ny aku xupdate blog ni..busy sgt kt opis ckrg..pindah umah.. pindah meja opis.. so busy..sampai xsempat nk update blog..
Umah baru aku lak line berukband lembab so mls r nk update blog kat umh..Kat opis lak meja baru(ubah layout opis) line nk on9 xclear coz dkt ngn bos..hehehe..
Okey r nnt bila semua dh okey aku update blog g..
harap peminat semua bersabar k untuk tunggu tulisan aku yang seterusnya..hehehe
adios..assalamualaikum..
Coretan >>> GreenWave at 5:06:00 PM 0 What say You Dude
Label belanjawan, Info, Juz Want 2 Share, My Life
Monday, October 12, 2009
(動) 成仏する Yoshito Usai
Pencipta kartun Crayon Shin-Chan, Yoshito Usui (51thn) meninggal dunia pada 11 september 2009.Mayat beliau ditemui di gunung Arafune,oleh seorang pendaki.Mayat beliau berjaya dikeluarkan dari kawasan cerum itu oleh pihak polis pada petang ahad dan pihak polis telah mengenalpasti mayat beliau melalui rekod pergigian beliau..
Menurut pihak polis Usai terjatuh dari cerum akibat tergelincir semasa beliau sedang mengambil gambar disitu..
Satu kehilanga besar buat peminat manga jepun terutama nya peminat Crayon Shin-Chan..
Coretan >>> GreenWave at 3:25:00 PM 0 What say You Dude
Label Info, Juz Want 2 Share
Saturday, September 5, 2009
Rozita-Pengasas Sendayu Tinggi
Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana . Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil.. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.
Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.
Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.
Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.
Coretan >>> GreenWave at 10:27:00 AM 0 What say You Dude
Label Email, Info, Juz Want 2 Share, Kehidupan
Friday, August 28, 2009
Rahsia Tarian Poco-poco
"Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini."
Ni email yg aku dapat dari adik aku..Setelah aku dapt email ni aku ada membuat sedikit kajian(cari-cari kt internet jer) berkaitan dengan tarian Poco-poco ni..Ada beberapa blog yang turut menbangkitkan isu ini,aku juga telah mencari beberapa video (youTube) Tarian Poco-poco..Aku cuba mengamati gerak tari tarian ini untuk mencari dimana gerak tari yang dikatakan Membentuk Salib itu..
Setelah aku memerhati beberapa Video Tarian Poco-poco aku dapati gerak kaki tarian ini memang Membentuk Salib..
Kalau korang penah menari tarian ini cuba korang buat dan pikiranka betul ke tidak gerakan kaki tarian ini membentuk salib..
Aku menulis sekadar pengetahuan dan ingatan buat renungan kita bersama..
Jika aku salah sila beri teguran disini..
Coretan >>> GreenWave at 3:04:00 PM 0 What say You Dude
Label Email, Info, Juz Want 2 Share
Perginya Seorang Negarawan
Semalam negara kita kehilangan satu tokoh besar dalam bidang ekonomi dan saya kira kita telah kehilangan seorang insan yang amat besar jasa kepada negara Malaysia..
Beliau ialah Senator Prof. Dr. Ismail Salleh.Arwah merupakan Senator pertama yang dilantik dikalangan Orang Kelainan Upaya (OKU),cacat penglihatan.Arwah juga merupakan salah seorang yang menyumbang kepada idea Wawasan 2020.
Arwah meninggal dalam penerbangan dari china ke singapura.Arwah disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura kira-kira jam 8 pagi semalam(27Ogos2009).
Takziah kepada keluarga arwah..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman Allah.
Coretan >>> GreenWave at 11:45:00 AM 0 What say You Dude
Label Info, Juz Want 2 Share, Kehidupan
Wednesday, August 26, 2009
Permatang Pasir 8-1
Maaf ye lambat cket aku tulis bout keMENANGAN PAS diPERMATANG PASIR...
Alhamdulillah rakyat permatang pasir sudah membuat keputusan yg tepat dengan mengundi PAS..
Tahniah aku ucapkan kepada YB Mohd Salleh Man
Kepada BN aku ucapkan takziah...teruzkan usaha anda...aku nk ucap tahniah pun xleh sebab BN kalah teruk sangat(pas menang MAJORITI 4,551)..Janganlah nk guna ayat pemujuk hati macam kt Manik Urai pulak k..
Pak Jib kan sudah tau kenapa BN kalah diPermatang Pasir jadi aku rasa baiklah Pak Jib gtau kepada Muhy supaya sama-sama boleh berfikir apa nk buat untuk kembali tersenyum dengan riang...Jangan hanya berkobar-kobar membuat slogan sana-sini tapi hasilnya masih kabur malah hampir tidak kelihatan...
Kepada YB Mohd Salleh Man semoga menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat kepada YB dengan bijaksana,amanah dan ikhlas..Teruskan perjuang untuk membela nasib rakyat..
Coretan >>> GreenWave at 3:57:00 PM 0 What say You Dude
Tuesday, August 25, 2009
Permatang Pasir
Ades cam dh lama aku xtulis bout politik malaysia..Kenapa dah lama xtulis?busy ngn benda lain akhir2 ni..banyak sgt hal-hal personal yg perlu diutamakan..
Aku tetap ikut perkembangan politik negara melaysia terchenta ni cuma xberkesempatan untuk mengkomentarkan isu-isu hangat kat sini...
Hari ni hari mengundi bagi DUN Permatang Pasiq...seperti biasa banyak gosip2 politk + janji-janji manis yg bertaburan dan berterbangan di Permatang Pasiq sejak diumumkan akan diadakan pilihanraya di Permatang Pasiq...
Bulan puasa ni aku malas nk panjang-panjang isu-isu hangat kt sini,kang kurang plak pahala posa aku..
Apa-apa pun aku amatlah tidak sabar untuk menunggu keputusan pilihanrakyat Permatang Pasir...
Coretan >>> GreenWave at 11:56:00 AM 0 What say You Dude
Thursday, August 20, 2009
Fadhilat Solat Sunat Terawih
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama 2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua 3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga 4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat 5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima 6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam 7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh 8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan 9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan 10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh 11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas 12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas 13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas 14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas 15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas 16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas 17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas 18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas 19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas 20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh 21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu 22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua 23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga 24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat 25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima 26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam 27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh 28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan 29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan 30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Coretan >>> GreenWave at 10:31:00 PM 0 What say You Dude
Label Info, Juz Want 2 Share
Saturday, August 15, 2009
Al-Fatihah untuk Ustaz Asri Rabbani
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan akan dibawa
Berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiringi doa dan airmata
yang pergi takkan kembali lagi..
Bait-bait lagu ini sungguh bererti dan memberi peringatan pada setiap yg menghayatinya..
Tapi sekarang tiap kali menengar lagu ini pasti ahli keluarga dan teman2 rapat allahyarhan Ustaz Asri akan tersentuh hati kerna Allahayarham telah pergi meninggalkan kita semua pada 13ogos2009 yang lalu..
Ramdhan semakin hampir + Aidilfitri juga bakal menyusul..
Yang pasti aidilfitri kali ini kita tidak dapat lagi mendengar alunan Takbir Raya dari Ustaz Asri lagi...
Buat keluarga Arwah,aku ucapankan Takziah dan semoga tabah menghadapi ujian ini..Semoga kita berjumpa lagi disana nanti...
Kita pasti akan menyusul arwah jua........
Coretan >>> GreenWave at 3:18:00 PM 0 What say You Dude
Tuesday, August 11, 2009
Bulan Mega Pahala
Rasullah S.W.A telah bersabda bahawa:
- "Apabila telah tiba Ramadhan,maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan" hadis riwayat Bukhari , Muslim & Nasaa'i
- "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keihlasan nescaya akan diamapuninya segala dosanya yang telah lalu" hadis riwayat Nasaa'i , Ibn Majah dan Baihaqi
- "Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam)"hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi
- "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya" hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasa'i , Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi
- "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Betapa istimewanya bulan Ramadhan ini (untuk org yang menjalankan ibadat puasa) kerna Allah memberikan pahala dengan berganda-ganda hinggakan sekiranya kita tidur dibulan puasa pun dikurniakan pahala oleh Allah..
Sabda Rasullah S.A.W “Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan“..
Masyaallah,begitu sekali pahala yang dikurniakan kepada umat islam yang menjalankan ibadah puasa.. Tapi harus diingat jalan mengsia-siakan bulan Mega Pahala ini dgn tidur aja kerna setiap amalan akan digandakan pahalanya..Malah setiap amalan sunat akan diberi pahala seperti amalan
fardhu..
Rasullah S.A.W bersabda " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
Marilah kita sama-sama menjalankan ibadah puasa dengan sempurna..
Menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja tidak cukup tetapi kita mesti menahan diri daripada melakukan maksiat+menyumpat...Pendek kata jauhkan diri dari sekecik-kecik dosa hingga yang sebesar-besar dosa..
Jadi kan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk kita membiasakan diri melakukan kebaikkan dan amalan kepadaNya...
Coretan >>> GreenWave at 10:25:00 AM 0 What say You Dude
Monday, August 10, 2009
Sekolah Menengah TekniK Sg Petani 2 (SMTSP2)

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI PETANI 2
MENJANA KECEMERLANGAN SMTSP2
Kami putera puteri SMT Dua
Sehati dan sejiwa
Rela berkorban dalam apa jua
Mencapai cita-cita jaya
Berilmu budaya kita
Beriman pada yang Esa
Beramal sentiasa
Supaya hidup sejahtera
Padamu kami berikrar setia
Sentiasa terus mara
Mengharumkan namamu kepuncak jaya
Cemerlang kita selamanya
Coretan >>> GreenWave at 3:59:00 PM 16 What say You Dude
Label Info, Juz Want 2 Share, My Life
Sekolah Kebangsan Pokok Asam
Sedang aku memlayari internet,aku terjumpa ngn web sekolah rendah aku dulu...Ada lagu sekolah..so kira cm mengimbau kenagan masa sekoalh dulu kt perhimpunan mingguan ari ahad..Nyanyi lagu ni ramai2 ngn kengkawan sekolah
LAGU SEKOLAH
Berusaha bertekad satu cita
Kita pasti berjaya
Di bidang sukan dan pelajaran janganlah ketinggalan
Tunggak agama, bahasa dan budaya
Pekerti yang mulia kita tetap pelihara
Pelajaran Kunci Rahsia Alam tetap jadi amalan
Segera bergerak berwawasan
Sekolah Pokok Asam
Coretan >>> GreenWave at 3:31:00 PM 0 What say You Dude
Label Info, Juz Want 2 Share, Kehidupan, My Life
Sunday, August 2, 2009
Manohara Oh Manohara
Mano : "Pak, saya minta ganti rugi kepada fakhri atas tuduhan penganiayaan!"
Hakim : "Baik, baik..tapi sebelumnya saya minta anda menunjukkan bukti dulu!!"
Mano : "Baik, sekarang bapak lihat ini."
Si Mano pun menujukkan lukanya dan wow! Ada bekas silet di sekujur tubuhnya.
Hakim : "Tapi itu belum juga cukup Mano..."
Mano : "Kalau begitu lihat ini.."
Si Mano menunjukkan video penyiksaan dirinya.
Hakim : "Baiklah! Bawa tersangka fakhri ke sidang! SEKARAAAAAANG!!!!"
Fakhri: "Saya tidak menyiksanya! TIDAAAAAAAAAAAAK PERNAAAAHHHHHH!!!"
Hakim : "Sssssstt...... (sambil berbisik) Kita kan, sedang syuting sinetron manohara! Ingat itu! Kita cuma akting... akting!!!"
Fakhri: "????"
*Kena siksa lagi mau bikin sinetron...betul ke ke dera???
Coretan >>> GreenWave at 1:01:00 AM 1 What say You Dude
Label Info, Juz Want 2 Share
Thursday, July 30, 2009
Penting
http://www.aboutislam.com
http://www.thequran.com
Aku bukan nak Promot web2 ni..Cuma aku nak gtau kat teman-teman semua yang web2 ni dibuat oleh yahudi untuk memburukkan agama islam..
Web2 ni juga dibuat untuk mengelirukan orang ramai tentang agama Islam..
Selain itu web2 ini juga turut memesongkan maksud @ tafsiran Al-Quran...
Dewasa ini terdapat begitu banyak teknologi terkini yang kita rasa islamic ny,tetapi hakikatnya kebanyakkan teknologi itu dibuat oleh yahudi untuk memesongkan akidah orang islam..
Contoh ny Al-Quran digital yang menjadi salah satu produk teknologi yang kita rasa so islamic tetapi pihak jabatan agama islam telah mendapati ada penyelewengan dalam ayat2 Al-Quran digital ini,pengguna yang kurang tahu@tidak menghafal al-Quran(kebanyakkan orang r kan..) tidak akan sedar bahawa Ayat2 Al-Quran yang dibaca telah diselewengkan(aku xigt apa nama company yang kuarkan al-quran digital ni..tapi ini memang benar2 berlaku)..
Sekarang ada Handphone yang memuatkan 30juzuk al-quran didalam ny,harga pun berpatutan tetapi aku jadi fobia untuk memilik Handphone tersebut kerna risau seandainya produk tersebut juga menjadi salah satu cara yahudi untuk memesongkan akidah umat islam(pasaihandphone ni,aku punya opinion saja so terserah korng nak beli ke x)
Lagi satu,terdapat banyak ayat2 al-Quran yang ditulis dengan tulisan Khat&ukiran2 yang cantik..Memang cantik jika digantung didinding rumah tapi perlu diingat sebelum membeli hiasan2 ini,perhatikan betul apa yang ditulis itu betul ayat al-Quran atau tidak..
Baca dahulu tulisan itu elok-elok untuk memastikan kita tidak membeli ayat al-Quran yang telah diselewengkan ayat ny tanpa kita sedari kerana kecetekkan ilmu kita sendiri..
Aku bukan bicara kosong tentang hal ini,ini kerna aku pernah terbaca ada kes dimana seorang pembeli telah membeli hiasan dinding berupa ayat al-Quran tetapi setelah dibaca rupa2 ny ayat tersebut ialah ayat dari kitab bible...
Astaufirullahhalazim...cuba bayangkan anda seorang yang beragama islam tetapi mengantung ayat dari Bible sebagai hiasan dinding dirumah anda...
Akhir kata,aku ingin menyeru kepada diri sendiri juga kepada teman-teman semua supaya lebih berhati-hati dengan car halus yahudi untuk menyesatkan umat islam..
Coretan >>> GreenWave at 3:56:00 PM 1 What say You Dude
Label Info, Juz Want 2 Share