CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 5, 2009

Anak Atau Binatang Peliharaan??






TENGOK , TELITI DAN FIKIRKAN







Rozita-Pengasas Sendayu Tinggi

Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita


Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana . Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil.. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.



Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.



Kini mula berpurdah


Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.




p/s: ni email yg adik aku (mijah) bagi semalam..Aku suka nk kongsi email ni untuk renungan bersama

Friday, September 4, 2009

HannieLuvVespa Bagi Tag ini


** 5 jenis makanan / minuman wajib ade...

*Kurma
*Milo suam...
*Sambal apa2 je..
*Ikan keli ...
*Sup panas
*Karipap

** 5 perkara wajib anda lakukan sebelum berpuasa ...

*Niat...
*Cari fadhilat terawih
*Makan soq
*Pikiq menu berbuka untuk 1st day
*Pikiq nk soh mak masak sambal tumis....


** 5 cerita best / tak best puasa anda...

*Sedey 1st day posa thn ni sambut sorg2..
*Best leh blk berbuka ngn famly kt kg
*Best dapat berbuka kt masjid reramai...
*Xbest xdapat terawih kt masjid sokmi cm last year...
*xbest xdpt mkn popia mak wat cm dulu2...


** 5 orang yang terpaksa bocorkan rahsia puasa diorang...

-Ajan
-Jaja
-Radziah
-Ieka
-Mady

Puasa Si Miskin

" Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."


Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita
. "





p/s : ni email yang aku dapat dari seorang kawan(Jue).Aku coppy then

Paste kt sini untuk renungan aku dan teman-teman semua

Mancing



Hari Pertama

Balik kampung baru ni memang best..Pertama skali best sebab dapat jumpa famly..Pas 2 dapat berbuka ngn masakan mak aku..sedap hingga menjilat pinggan...
Kedua paling best adalah dapat mengail ikan...memang best gila beb..

Dari pagi sampai petang dok mangail ikan kt bendang blakang umh aku..Dapat banyak gk ikan,tp ikan puyu je (mengail kt bendang mn nk cari talapia kan..)
Dapat 10 ekor lebih gk r ,aku mengail ngn mak+adik aku..Memula adik aku dapat ikan puyu seekor pas 2 xlama kemuadian dia dapat lagi seekor,aku xdapat ikan seekor pun lagi time 2..Geram btl..
Yang paling geram ikan dah lekat kt mata kail tp bila tarik terlepas lak ikan 2..2, 3 kali gk r ikan jatuh balik dalam bendang...
Akhirnya aku dapat ikan pertama aku..hehe..pas 2 bila dah dapat sekor baru r baur kail(joran) aku da tuah,coz aku dapat lagi beberapa ekor ikan lepas ikan pertama 2..


Hari kedua

Seawal jam 9 pagi aku dah kuar mengail ikan,orang len masih lena diulik mimpi kot time pagi2 yg dingin ni..
Tak sampai 5minit baur kail aku ditarik , tapi seperti biasa bila aku nk tarik je ikan yg sangkut kt mata kail aku 2 terjatuh balik dlm bendang...Geram gila,tapi aku tetap nk mengail pagi 2..So aku terus mengail sampai tengah ari dan hasilnya aku dapat 6 ekor ikan puyu + sekor ikan haruan..Mak aku masak sambal ikan-ikan ni untuk buat lauk berbuka(bekal) aku ngn adik aku ...


Pengajaran

Setelah 2 hari aku berjemur mengail ikan aku dapat sedikit pengajaran dari pada mengail ikan..

Antaranya ialah kita perlu bersabar untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu,tidak ada jalan mudah untuk mendapat sesuatu kejayaan..

Selain itu memancing juga telah membuktikan kata orang-orang lama "kalau rezki tidak kemana tapi kalau memang bukan rezki kita,nasi yang nk disuap kemulut pun boleh jatuh"..Kerna cuba bayangkan ikan sudah makan umpan kita + sudah sangkut dimata kail tapi bila ditarik ikan tersebut boleh jatuh semula ke dalam air..

"Berpantang maut sebelum ajal" perpatah ini telah dibuktikan semasa memancing,kenapa?Ikan yang dah sangkut kat mata kail leh jatuh,kiranya ikan 2 if sangkut kata mata kail 2 memang dah nk mati r if kita amik then masak tapi memandangkan ajalnya belum sampai maka ikan 2 jatuh balik dalam air...betul x??

Jadi memancinglah sambil menikmati keseronokkan memancing disamping mengambil ikhtibar dari memancing..

Banjir

Mungkin dah agak terlewat untuk kau tulis bout banjir kt kg aku..Tapi memandangkan ini blog aku sendiri so aku punya suka r mau tulis bila kn..hehe(jgn marah r kawan2)..

Okey,masa aku balik kampung baru ni negeri kedah terchenta sedang dilanda musim tengkujuh so purata penurunan air hujan dibumi kedah meningkat(wah cam aku wt kajian sgt ttg purata air hujan selaman ni..maafin aku ya teman-teman)...Jadi tedapat beberapa kawasan berdekatan kampung aku dinaiki air,air sungai apa melimpah sampai ke jalan raya..Banyak juga bendang yang dipenuhi air hingga menyebabkan pokok padi yg sudah hampir masak rosak teruk kerna terendam didalam air banjir..

Jiran aku gtau kt mak aku,rumahnya dikampung dinaiki air sungai dan yang bestnya ikan-ikan dari dlm sungai berdekatan turut terlepas hingga ke halaman rumahnya...Jadi dorang juz tangkap ikan guna tangan je kt halaman umh..bestkan(nnt aku tulis pengalaman aku mancing ikan kt bendang blakang umh aku lak)..

Dalam perjalan aku nk ke airport dr umh aku(nk blk KL),kami terpaksa meredah banjir yg sudah melimpah kt jalan raya...tp air sudah agak surut time 2 so kenderaan masih boleh menggunakan jalan raya berkenaan...

Setakat ini dahulu laporan Banjir dari aku...
Wasalam...




kat bawah ni gambar-gambar yang aku sempat ambil dari dlm keta..



Air yg memenuhi jalan raya



Keadaan Bendang yg dipenuhi air

Tuesday, September 1, 2009

Balik Kampung


Di Balai Berlepas LCCT

Aku menaiki pesawat AK5250 pada jam 0710 hari sabtu 29Ogos2009/8ramadhan1430 untuk pulang ke Kampung di Utara Semenanjung Malaysia.. Perjalanan yang memakan masa selama hampir 55minit ini tidak terasa kerna bergitu teruja untuk bertemu keluarga di Kampung.. Aku pulang bersama adik aku(MijaH) dan 3 orang kawan adik ku. Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim lebih kurang jam 0805.Setibanya di Airport,mak dan kak liza sudah menunggu kami di balai ketibaan..Terubat rasanya rindu dihati tatkala terpandang wajah bunda dan kakak ku..

Dari Airport kami naik kereta viva my mun untuk balik ke umh..45mnt kemudian kami sampai di Pekan Pendang dan singgah ke Pasar Tani untuk membeli ikan+sayur.
Beli Ikan siakap(nk buat siakap 3rasa)+ikan terubuk(nk buat ikan terubuk bakaq)+Ulam+bahan nk buat nasi Kerabu(nasi Ulam).

Dah siap beli barang,kami pergi ke rumah (rumah baru) kt Taman Kiara Mas,pendang..Jam 1230 kami bertolak balik ke umah kt Kg Pokok Asam..

Akhirnya aku sampai kat kampung ku..hehehehe