CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 14, 2009

Krisis Politik Perak

Lepas pilihanraya umum ke 12 (8mac2008),banyak perubahan dalam erti kata lain terlalu banyak pergolakan politik yang berlaku di negara kita...
Sebenarnya sebelum diumum kan keputusan piliharaya ke 12,aku dah mengagak yang parti pakatan rakyat akan menang besar kerana semasa piliharaya ke 12 yang lepas keadaan fonomena politik dunia(politik negara2 lain didunia) menyaksikan beberapa parti pembangkang memenangi pilihanraya dinegara masing2..jadi sedikit sebanyak aku dapat mengagak kemenangan pakatan rakyat(PR) diMalaysia..
Tapi aku bkn nk membincangkan tentang pilihanraya yg lepas ...

aku agak tertarik ngn krisis politik perak,dh jadi mcm apa dh negeri perak..kejap PR yg jd MB pas 2 BN pas2 dapat kt PR
Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin diumumkan jadi Menteri Besar Perak,aku bersyukur coz PR kembali memerintah Perak..pas 2 masuk lak kt brita yang Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tetap memegang jawatan Menteri Nesar Perak sementara mendapat keputusan dari mahkamah rayuan...
Dah macam main bola,kejap dapat kt PR kejap dpt kt BN...

Aku sedikit keliru dengan perlucutan jawatan
Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini kerana hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan..
Jadi apa kah yg telah berlaku semasa kerajaan mengumumkan
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak sedangkan menurut undang2 seperti yang disebut oleh hakim Abdul Aziz Abd Rahim bahawa MB hanya akan dipecat melalui undi tidak percaya di DUN tidak berlaku semasa pemecatan jawatan Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin....

Sekarang lebih mengelirukan aku ,apabila dah mahkamah persekutuan mengumumkan
Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak semula tetapi mengapa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir masih diberi memegang jawatan sebagai MB Perak sedangkan dah terbukti beliau memegang jawatan MB secara tidak sah mungkin dalam erti kata lain secara haram kerana tidak mengikut undang2 yang telah ditetap kan....

Seandainy hal ini tidak dapat diselesai kn dalam masa terdekat aku rasa perkara ini akan merugi kan rakyat,membazir masa dan wang juga trt terbazir dengan kemelut politik yang belum tahu bila kesudahan nya..

Aku harap Pihak yg BENAR akan menang...

1 What say You Dude:

BrotherFad said...

wei... mane ade blog kosong je la... :)