Rasa sayu berpaut dihati tatkala ku mendengar laungan Azan Maghrib disenja 1 Ramadhan ini..
Sedih dan sayu bertukar ganti,terasa air mata ini tidak bisa ditahan lagi untuk menitis ke pipi...Namun ku kuat kan hati dan terus mencuba mengingkirkan perasaan sedih dan sayu ini dari hati ku (walaupun buat seketika)..
Kenapa perasaan ini hadir pada Awal Ramadhan ini???Ia hadir kerna untuk pertama kali aku menyambut kehadiran 1 ramadhan berseorang di tempat orang..Walaupun aku sudah biasa tinggal diluar sedari aku mula-mula menjejak kaki ke Asrama Sekolah Menengah hingga ke Asrma diKolej seterus ny semasa menjalankan Latihan Industri dan setelah berkerja sekarang,aku akan tetap pulang ke kampung pada setiap 1 Ramadhan untuk meraikan hari pertama puasa bersama mak abah serta keluarga di Kampung Pokok Asam,Pendang,Kedah...
Tetapi pada tahun ini aku tidak dapat pulang ke kampung kerna hambatan kerja dan masa yang menghalang aku untuk pulang meraikan 1 Ramadhan di Kampung..
Kakak ku ada menetap disini tetapi oleh kerana aku berkerja pada hari ini maka aku tidak dapat pergi ke rumah ny..
Insyaallah,petang ini aku akan berbuka bersama kak ilah di rumah ny..
Aku tetap akan pulang untuk berpuasa bersama mak abah di Kampung pada minggu hadapan..
Saturday, August 22, 2009
1 Ramdhan 1430
Coretan >>> GreenWave at 9:18:00 AM 1 What say You Dude
Label Kehidupan
Thursday, August 20, 2009
Fadhilat Solat Sunat Terawih
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama 2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua 3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga 4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat 5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima 6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam 7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh 8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan 9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan 10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh 11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas 12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas 13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas 14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas 15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas 16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas 17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas 18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas 19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas 20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh 21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu 22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua 23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga 24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat 25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima 26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam 27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh 28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan 29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan 30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Coretan >>> GreenWave at 10:31:00 PM 0 What say You Dude
Label Info, Juz Want 2 Share
Pengisytiharan Puasa 2009
Coretan >>> GreenWave at 9:40:00 PM 0 What say You Dude
Label Juz Want 2 Share
Kurma+Kuih Raya+Terawih+Bazar Ramadhan
(sekadar gambar hiasan)
Inilah antara petanda Bulan Ramadhan...Memula kita akan mendapat begitu banyak pelawaan untuk mencuba kuih2 raya dari kawan-kawan..Bermacam-macam jenis kuih raya,dari yg tradisional sampailah biskut-biskut raya moden yang namanya glemer macam bintang filem..
Warna Biskut2 ni plak lagi la pelbagai..
(sekadar gambar hiasan)
Lepas 2,kita akan dihidangkan dengan lambakkan Iklan Kurma di TV , Radio , Email , Newspaper..Dari yg mahal2 sampai yg murah..Sampaikan kita xtau nk memilih kurma mana yg patut dibeli..
(sekadar gambar hiasan)
Setelah diumumkan 1 ramadhan maka,surau2 dan masjid2 akan dipenuhi dgn jemaah2 yg datang untuk menunaikan soalt sunat Terawih..Berbagai peringkat umo jemaah yang datang memenuhi masjid2 dan surau sepanjang bulan puasa..
Bazar-bazar Ramadhan akan mengambil tempat dipetang ramadhan..
If pergi bazar time ptg2 ni,rasa mcm nk beli semua juadah yg dijual ...Bila time berbuka,xabis pn juadah yg dok beli banyak2 td..sudah ny buang kt tong Sampah..membazir2...
Coretan >>> GreenWave at 4:11:00 PM 3 What say You Dude
Label Juz Want 2 Share, Kehidupan
Surat Terima Kasih
Bersyukur kehadrat Ilahi kerna dengan limpah kurnia dan izinNya,dapatlah aku menduduki ujian memandu untuk melayakkan diri memegang sekeping Lesen P Kereta (minggu dpn baru dpt pegang)..
Disini aku ingin merakamkan setinggi-tinggi Penghargaan kepada En Ismail(cikgu sekolah memandu IMKEDA,Bukit Indah,Ampang) kerna telah mengajar aku memandu kereta kancilnya sehingga aku lulus..
Ucapan terima kasih yg tidak terhingga juga aku ucapkan kepada En Azhari (Pegawai JPJ) kerna telah memberi kepercayaan kepada aku untuk mendapat lesen P...Tq bro ...
Tidak lupa juga kepada Cik Mimi Haslinda (Pegawai JPJ) kerna telah menggagalkan aku pada ujian kali pertama iaitu pada 31julai09 yg lalu..Kerna Cik Mimi telah menerbangkan Ringgit Malaysia saya..
Berjuta-juta trima kasih sayang kepada kedua ibu bapa aku Tuan Haji Wan Jaafar Haji Wan Idris dan Puan Hajah Che Kamsiah Yaacob kerna memberi sokongan moral dan RM(nnt den bayar)...Juga ribuan terima kasih kepada Keluarga terchenta Kak Nisah,Kak Liza,Kak Anim,Kak Ilah,Mijah dan Zahidah kerna memberi sokongan semasa aku gagal dan setelah berjaya mendapat Lesen...
Tidak ketinggalan juga trima kasih kepada Rakan-rakan yg turut memberi galakkan dan sokongan...Hannie,Atul,Abg Wan,Faizal,Kak Rose,Kak Ask,Kak roha,Jue..
Akhir kata aku ucapankan trima kasih kepada semua pihak yg terlibat didalam pembikinan aku sebagai 'Pemandu Berhemah'...
Sekain,Terima Kasih....
Yang Bangga
-Orang Baru Dapat Lesen Kereta-
Coretan >>> GreenWave at 3:12:00 PM 2 What say You Dude
Label My Life
TaG lagi ni
Hannie Luv Vespa bagi Vespa kat aku..hehe
1) Beside ur lips, where is the favourite spot to get kissed?
- Xtau r
.
2)How did u feel when u woke up this morning?
-semangat nk p keja kot..hahaha
3) Who was the last person/people you took photo with?
-Namora Rikha Lubis (anok buah den)
4) Would you consider urself spoiled?-
- sometime...
5) Have u ever had a best friend who was of the opposite sex?
-ado..ms blaja dl r..ckrg ngn opismate yo
6) Do you want someone to be dead?
-Ada2...haahaha
7) What does your last text message say?
- "Dah 2??hmm"
8) What are you thinking right now?
- Esok posa ke ??
9) Do you want someone to be with you right now?
- yup
10) What was the time you went to bed last night?
-awal tido smlm..xigt kol bper
11) Where did you buy the tee you are wearing now?
-Curi kt umh jiran
12) Is someone on your mind right now?
-anak itik pak mat ujung kampung
13) Who was the last person who text you?
-AirAsia
14) 8 lucky person to do this quiz.
* Afzan
* Jaja
*ieka
* Fad
* Rafi
reason ker?
1) Who is no. 1 ? Having a relationship with?
2) Is no. 3 a male or a female?
3) If no. 7 and no.1 get together, would it be a good?
4) What is no.1 studying about?
5) When was the last time you chatted with them?
6) Is no. 4 single?
7) Say something about no. 6
8) What do you think about no. 3 & no.5 being together?
9) Describe no.9?
10) Do you like no. 8?
11) How about no. 10?
p/s: kena tag kt 10 org + kena bg reason ..aku xda idea so aku kurangkan jadi 8 N xjwp soklan reason ni..sory k
Coretan >>> GreenWave at 1:16:00 PM 0 What say You Dude
Label kena tag
Keliru
Macam sudah lama patik tidak menulis di laman Hadapi Dengan Senyuman ni..
Patik agak sibuk sejak akhir2 ini,patik cuba untuk menulis pada minggu2 yg lepas tetapi kesibukkan(kemalasan) telah menghalang patik untuk menulis disini..
Jadi sekarang patik rasa,ada sedikit kelapangan untuk menulis disini..Tapi patik menghadapi sedikit masalah kerna patik keliru untuk menulis berkenaan topic apa dahulu..
Patik ingin menulis berkaitan Sambutan Kemerdekaan yg ke 52 pada hujung bulan ini..Patik juga ingin menulis berkaitan Debaran Menunggu Pengishtiharan Puasa malam ini...Patik juga teramat teruja untuk menberitakan tentang Keputusan Ujian Kereta yg Patik hadiri semalam...
Oleh yang demikian, patik akan menyuruh pihak2 berkenaan membuat undian untuk menentukan Topic yang mana yg harus didahulukan..
sekian,trimas..
Yang Keliru
Panglima Keliru
Coretan >>> GreenWave at 1:03:00 PM 2 What say You Dude
Label My Life
Tuesday, August 18, 2009
Happy Belated Birthday
Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan kak nisah + G-ah,
Allah Selamatkan Kamu...
Selamat hari lahir buat kakak sulung aku Wan Asmanisah Wan Jaafar dan anak buah aku Auni Wajihah Abd Wahab pada 17 ogos baru ni..
Kakak aku(kak nisah) ngn anak pompuan sulung (g-ah) lahir pada tarikh yg sama (thn lain2 r,dh nm ny anak ngn mak..hehe)
kak nisah,
Aku doakan semoga kak nisah sentiasa sihat+dipanjangkan umur serta dimurahkan rezki..Kakak aku ada jual cadar dan semperna bulan puasa ni dia ada jual kurma...so aku doakan semoga perniagaan dia akan bertambah maju(leh blanja aku nnt...haha)..
Semoga happy sokmo..
Wajihah,
Atam ucapkan semoga sihat sokmo+blaja rajin2 dah besaq ... ni dh nk posa so posa bagi cukup..nnt ateh bg duit raya byk2(eh ateh lak kn...hehhe)..
'rajin2 tlg umi'(ni aunty punya ucapan...copy kt fb)
ps/: saiful 2 sapa???hehe
p/s: sorry lambat wish..bz + mls nk tulis blog minggu ni...
Coretan >>> GreenWave at 5:05:00 PM 0 What say You Dude