CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 15, 2009

Terima Kasih E&A Letrik

Hari ini merupakan hari terakhir aku berkerja sebagai pelukis pelan di sini..Sedey pn ada gk kt ati ni tp sik ada hal bah coz aku benti keja sebab dapat sambung blaja.. so kiranya perasaan aku tika ini adalah gumbira campur sedey..

Sedar tak sedar sudah 2 tahun aku berkerja disini, so banyak benda yang aku blaja sepanjang aku berkerja disini.. Semua pengalaman yang aku kutip disini akan aku simpan sebagai pengalaman yang berharga buat idop aku ..

Dari hari pertama aku berkerja disini (dec 2007) sampai hari ini (15Dec2009) semua nya akan ku simpan dalam ingatan ku untuk selamanya..Aku berkerja sebagai pelukis pelan tp berpendidikan letrik so masa memula keja aku memang hampir kosong dalam membuat pelan menggunakan autocad tapi sekarang alhamdulillah aku sudah boleh membuat drawing dgn baik (sedikit baik je..hehe).. terima kasih buat Abg Wan dan Faizal yang banyak memberi tunjuk ajar kt aku sepanjang aku berkerja disini..

Aku juga amat terhutang budi kepada Kak Ask, Kak Ros , Kak Roha, kak Niza sebab banyak benda yang aku dapat belajar daripada diorg .. dari soal keja sampai hal2 lain..hehe.. wlau pun dorg suka bg ceramah percuma tapi aku tak kisah kerna sedikit sebanyak apa yang mereka cakap 2 dapat menambahkan pengetahuan untuk aku selain ia juga buat sedikit terhibur..hohoho...

Terima kasih buat Mr Goh+ Mr Law sebab sudi mengambil aku berkerja disini .. buat Miss Kong ,En Hamdan , En Din , Mr cheng , Mr Boo_Tak (ah fat) , Tan , Chua , Ah Fang dan yang lain kerna turut serta dalam perjalanan hidup ku sebagai Pekerja disini..

Aku mintak maaf kepada semua andai sepanjang aku berkerja kt sini aku ada buat perkara yang menyakitkan hati @ buat korg tersinggung ... Terima Kasih Semua...Semoga jumpa lagi..

Monday, December 14, 2009

TEMAN SERUMAH DICARI,AMPANG

FLAT LEMBAH PERMAI

(berdekatan bukit blacan+Flat Baru)


· 3 Bilik tido + 1 toilet

· 10 mnt dr LRT Ampang

· 5 mnt dr carefour Ampang

· Ada kedai makan + kedai runcit + bengkel keta&moto



Ciri-ciri yang Dicari :

· Perempuan

· Muslim

· Bekerja


SEWA = RM200/MONTH


DEPOSIT = 2 + 1 + RM100 (API&AIR)


Sila hubungi : Plzzz leave ur coment here



KEMASUKKAN JANUARI 2010




Monday, December 7, 2009

Sambung Study

alhamdulillah setelah hampir 1 bulan aku menunggu jawapan sama ada aku dpt sambung study ke x akhirnya pada 2 dec 2009 aku telah mendapat jawapan yang aku BERJAYA untuk menyambung pengajian diUniKL..

Manyak senang hati maa ..tp cm ketaq pun ada gk coz dh lama xblajaq..hehe..
Aku kena study untuk 4 thn..huhu,nnt dh bis study umo dh banyak..hahaha..gima sih?
if xde aral melintang insyaALLAH aku abis study umo29..hah 29????? so old r adik manis..

xpe r jji aku dpt penuhi impian aku..

doa kan aku berjaya menenpuh kehidupan sebagai seorang pelajar k..

3januari 2010 aku kena lapor dir..so nnt akan bermulalah kehidupan aku sebagi seorg pelajar...

24tahun dah..hehe

Okey aku mula dengan birthday aku , 4 dec baru ni.. trimas untuk semua member yang wish birthday kat aku.. trima kasih kerna korg ingat birthday aku + trima kasih Untuk ucapan2 yang korng bagi,aku pun doakan korang bahagia dan berjaya dalam hidup

kak sha

syima

bani

tiny

nadia

hannie

adik

jobstret

atul

jehan

kak yana

are-long

darx

kak ayu

kak ilah

kak liza

bunda

kak anim

kak nisah

hidawatie

syasya

aina

ieka

ieda

yanz

kak aini

nurul nadia

jue

tok moh

winna

suma

emma

kak zura




SAYANG HANGPA SEMUA


Cuba menaip

Dah lama aku xupdate blog ni,sejak xde berukband kt umh aku jadi malas nk update blog..
sebab kena update kt opis,siang2 hati idea untuk menulis agak kurang..

Hari ni ada sedikit kelapangan untuk menaip kat blog aku yang agak usang ini..hehe

Wednesday, November 25, 2009

Pemanasan Enjin - Perlu Ke Tak?

Pemanasan Enjin - Perlu Ke Tak?


Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.

Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. . Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature" . Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.

Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Save The Planet.



p/s : emel ni aku dapat dari seorang kawan (Zai)..so apa pendapat anda lepas baca entry ni???

Wednesday, November 11, 2009

Paprik


Bahan A

  • Bawang merah+bawang putih (utk tumis)
  • 2 btg Serai(ketuk)
  • 3 Daun limau purut(dikoyak)
  • Kicap pekat@cair (if de dua2 g bgs)
  • Sos cili@tomato
  • Sos tiram
  • Grm+gl
Bahan B
  • Sos Tiram
  • Ayam @ daging

Cara-cara


Bahan A

  1. ayam / daging perap dlm 2 hingga 5mnt dengan sos tiram
  2. Selepas diperap gorengg separuh masak

Bahan B

  1. Tumis bwg putih ngn bwg merah spi naik bau
  2. Masukkan kicap+sos + sos tiram
  3. Masukkan air (if nk pekat xyah boh air byk r)
  4. Bila sudah mendidih masukkan serai
  5. grm+gl sesuka hati
  6. Masukkan bahan A
  7. Masukkan daun limau purut yangh telah dikoyak…
  8. last skali hg rasa r dh masak & sdp leh angkt..

Okey,selamat mencuba...


Tuesday, November 10, 2009

Jom Baca

kenpa aku tak tulis about gempa bumi di Padang?
kenapa aku tak tulis about dr asri(bekas mufti perlis)?
Kenapa aku tak tulis about penderaan kanak2 yg makin menjadi2 sekarang?

Pelikkan aku tak tulis bout perkara2 yang agar menarik ni, hmm aku bukan tak mau tulis bout topic kt ats ni tapi aku tak sempat nk ikuti secara detail bout the topic so rasa tak yakin nak tulis..

Aku tak suka nak tulis bout somthng yang aku kurang yakin cerita sebenar dan aku perlu betul2 paham bout topic yang aku nak tulis baru aku leh tulis ngn baik(hehe..baik ke tulisan aku)..

Tapi insyaALLAH aku akan cuba tulis bout dr asri + penderaan kanak2 tapi mungkin lambat sikit..

Tungguuuuu..(intonasi cam melodi k..haha)

Monday, November 9, 2009

S.A.Y.A.N.G

  • Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
  • Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. ....
  • Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .
  • Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda...
  • Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... ..
  • Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.....
  • Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia....
  • Anda seorang yang istimewa dan unik.....
  • Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.....
  • Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya....
  • Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka...
  • Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..
  • Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....
  • Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.....
  • Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga...



ni email yg aku dpt dari seorg kawan (juehaizan), aku suka email ni so aku nk kongsi ngn korg semua..

Saturday, November 7, 2009

Sup Cendawan


Bahan

  • 1 camb mentega
  • 1 camb marjerin
  • 1 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 labu bawang besar, dikiub kecil
  • 500 g cendawan segar, dihiris nipis
  • 400 ml susu segar
  • 1 kiub stok ayam/1 camb serbuk stok, jika suka
  • 1 camb tepung jagung (dibancuh dengan 2 camb air)
  • garam & serbuk lada hitam
  • daun parsli, utk hiasan


CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan mentega dan marjerin,
  2. tumis bawang putih dan bawang besar atas api perlahan hingga wangi.
  3. Masukkan cendawan, kacau dan tutup periuk.
  4. Masak selama 10 min sambil dikacau sekali-sekala.
  5. Angkat dan kisar atau proses hingga halus.
  6. Kembalikan ke dalam periuk semula, masukkan susu, stok, tepung jagung dan garam.
  7. Kacau tanpa henti hingga sup pekat.
  8. Tambah serbuk lada hitam
  9. sendukkan ke dalam mangkuk.
  10. Tunggu apa lagi,sila makan..hehe

SELAMAT MENCUBA

Diari Seminggu..

Selamat pagi semua..Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis kt sini..lama kan aku xupdate blog ni mesti korg semua rindu ngn tulisan aku..hehehe..

aku demam+batuk+lelah seminggu dari ari isnin (2nov-7nov) sabtu ni.. ni akibat p berendam tak ingat dunia kt air tejun bukit belacan kt umh sewa baru aku r ni..huhu..


AHAD , 1 Nov 09
hari ahad (1 nov) aku p bemandi manda ( berendam actually..hehe) kt bukit belacan dari jam 10 pagi sampai 12.30 lebey aku kt sana.. Gila r sonok coz dah lama xjumpa air tejun sudah nya mlm tu aku kesejukkan semalaman..


ISNIN , 2 Nov 09
Pagi isnin aku g keja tapi demam + flu sudah terasa tapi masih ku gagahi juga untuk ke opis .. almaklumlah banyak drawing yang perlu disiapkan..


SELASA , 3 Nov 09
Pagi selasa aku sudah tak mampu untuk bangun ke opis so aku ajak hannie teman aku ke klinik mutiara bukit indah..amik ubat N mc..Dr Roha bagi aku mc 1 hari je,ades cukup ke sehari je mc.
hmm so ari selasa aku dok umh jer.. batuk dh makin teruk,so dada mula terasa sesak..


RABU , 4 Nov 09
Bangun je pagi dada aku terasa sesak sangat,bagai bernafas dalam lumpur( if nk tau cmne rasanya , korg p try bernafas dalam lumpur k).. memandangkan aku dapat mc 1 ari je smlm so aku kena p tambah mc g kt klinik mutiara.. jam 9pagi aku ngn hannie p klinik untuk tambah mc then p beli brg2 nk buat sup ayam..


KHAMIS , 5 Nov 09
Pagi khamis, aku cm ada tenaga cket untuk ke opis lagi pun aku masih ada banyak drawing yang perlu diciapkan minggu ni,sepatutnya khamis aku kena submit tapi memandangkan aku mc aku xdpt nk submit hari khamis..
Pagi2 khamis aku masuk opis,ades gila banyak drawing atas meja aku..baru xmsk opis 2 hari..so spi je opis aku trz ciapkan semua drawing yang berkampung kt meja aku 2..

Lebey kuran jam 1.00 ptg aku berjaya ciapkan semua kerja aku.. so aku msg hannie suruh dia amik aku kt opis ( hari ni aku mtk tlg dia anta aku mai opis sebab aku tak larat nk bawa moto sendiri),lebey kurang jam 1.30 ptg hannie sampai opis aku..

Kitorg p Bandar Baru Ampang,cari klinik yang ada sediakan rawatan lelah coz dada aku dah xleh nk bernafas ngn elok.. Tapi memula aku p mkn KFC dl,tp xsedap lak KFC coz semua pun rasa tawar...

Jam 2.15 p cari Klinik Kita tapi doctor xde lak kt klinik kita so aku terpaksa pusing cari klinik lain.. akhirnya aku masuk Poliklinik Grewal,jumpa doctor Gurnam Singh Grewal dia soh aku sedut gas(aku xtau nama santifik untuk rawatan ini)..ada pic aku sedut gas,nnt aku mskkkan(besa r suka bergambar so time sakit pun nk bergambar gk..huhu)..

Setel semua ktorg balik umh..Dr Grewal bagi mc 1 hari setengah .. so jumaat aku mc lagi..


JUMAAT , 6 Nov 09

Pagi jumaat,pagi ni rasa cm dah okey cuma batuk ja yang masih enggan meninggalkan diri ku.. bangun pagi kemas umh..basuh baju+basuh bilik air..berpeluh r aku pagi juamaat ni,rasa sihat cket badan ni..

Jam 11.00 pagi,kuar g KLCC ngn hannie( spt besa hannie bawa moto coz aku msih xyakin nk bawa moto,takut semput dijalanan).. memula g sarapan kt keluang station kt tesco ampang..

Pas 2 gerak ke KLCC,g KLCC bukan nk bersuka ria tetapi atas tujuan untuk tutup akaun berukband(usb ny berukband) maxis..
Lama gak tunggu giliran kt maxis KLCC ni,lastly spi giliran aku ngn hannie..En Loga, yg urusan kan proses penutupan akaun ktorg..

Lepas ciap keja kt Maxis,ktorg gerak nk pergi ke galxy ampang tapi seperti biasa bila melalui Auntie Anne ny kedai mesti kena singgah untuk beli stik choc(apo ntah nama yg betul)..nyum2 banyak sedap ini menu..

P galaxy ampang,teruz menuju ke UO.. Pas 2 cari ATM mesin tp kena g kt HERO lak..dah amik cucuk duit kt ATM gerak balik ke UO , on the way ke UO terjumpa lak salon ngh wt promotion untuk rebonding RM49.90 jer???? perkerja salon 2 trz tarik ktorg masuk dalam .. hehe.. aku mmg nk wt rebonding so apo lae trz duduk N wt rebonding+potong+cuci rambut = RM70 ..

hannie pn tak lepas peluang dia trim + cuci rambut = rm20 ..

Dah ciap keja kt salon , ktorg teruz kan niat untuk membeli brg di UO..p UO beli toto + sedikit barang dapur..

Dah lewat balik umh lepak kedai tgk Nur Kasih..


SABTU , 7 Nov 09
Pagi ni,aku p keja..alhamdulillah keja xbanyak kt meja aku..so Now aku ngh lepak2 je kt meja aku ..hehe..

Ptg ni Atul ( bestFrend masa kt kolej) ada buat kenduri kt umh dia(kat subang) tapi cam tak larat nk p..

okey ini saja aku nk tulis buat masa ni..nnt aku tulis lagi..
Assalamualaikum semua..
jumpa lagi..

Monday, November 2, 2009

Nak UPDATE blog

Lama ny aku xupdate blog ni..busy sgt kt opis ckrg..pindah umah.. pindah meja opis.. so busy..sampai xsempat nk update blog..

Umah baru aku lak line berukband lembab so mls r nk update blog kat umh..Kat opis lak meja baru(ubah layout opis) line nk on9 xclear coz dkt ngn bos..hehehe..

Okey r nnt bila semua dh okey aku update blog g..

harap peminat semua bersabar k untuk tunggu tulisan aku yang seterusnya..hehehe

adios..assalamualaikum..

Tuesday, October 20, 2009

Jom Pikir Sama-Sama

Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih Hamba Lurutkan,

Buang Emak Buang Saudara,

Kerana Kekasih Hamba Turutkan.



Ingat lagi xpantun kt atas ni? pantun ni dh wujud hampir berpuluh tahun dahulu,ini menunjukkan betapa hebatnya penangan KEKASIH dlm hidup seorang manusia..Kerna seorang Lelaki/Perempuan yang bergelar kekasih maka emak&keluarga ditinggalkan..

Ish2..begitu sekali hangpa dok berchenta sampai membelakangkan *bukan men blakang atau jangan pandang blakang k * keluarga malah ibu yang melahirkan hangpa pun hangpa lupakan kerna mengejar KEKASIH yang baru hangpa kenal mungkin tak sampai 5thn malahan kekdang baru kenal hampir 6bln je hangpa sanggup begadoh ngn famly kerna famly menghalang perhubungan hangpa..

Setahu aku xda famly @ parents kat dunia ni
*dunia ini = dunia kehidupan normal yg penuh dgn ksih syg,bukan termasuk ibubapa yg ketegori haruan makan anak k * yang nak anak mereka hidup dalam derita.. tapi bila parents @ famly menghalang perhubungan chenta hanpa,hangpa mula fikir depa semua xsuka tgk hangpa bahagia sedangkan depa semua amat menginginkan kebahagian hangpa..Cuba pikiq leklok if depa xmau hangpa bahagia buat apa depa susah payah hantaq hanpa pie sekolah + masuk U + masuk kolej , igt free ke hantaq hangpa sekolah??? tapi depa xkisah kuaq duit berbilion kekadang terpaksa berhutang ngn along *sedara r ini bkn ah long,kami bukan ah long,kami cuma nk tolong * asalkan depa dpt antaq hangpa p blajaq supaya masa depan hangpa cerah dan senang+bahagia...

So,bila hangpa dok berchenta dengan orang yang xsepatutnya depa halang sebab depa sayang kt hangpa.. Chenta bukan leh bahgia tapi kasih sayang 2 yang penting,sekarang hangpa dok asyik maksyuk berchenta hangpa tak nampak r keburukkan dikemudian hari..Jangan dok pikiq keseronokkan sekarang jer , pikiq panjang2,kwen ni bkn benda nk buat sehari dua tp sekali seumoq hidup *ni utk wanita r,yang laki 2 aku no koment r..hehe* Lebih baik hangpa putus chenta dari hangpa hidup derita dikemudian hari..lagi derita if hangpa jadi Mis Jay *janda sbb cerai hidup* If hanpa rasa xmo putus ngn kekasih hangpa sebab malu ngn kawan2 yang dah tau hubungan chenta hangpa,hangpa mmg silap coz yang nk this ur life so buat apa nk pikiq apa orang kata..if hanpa kawen then hanpa xbahagia,bkn kwn2 hangpa yang nak mai tolong pun..sudah nya mak,abah ngn famly juga yang akan tolong hangpa..

Kalau dah sebelum kawen kekasih hangpa dah tunjuk pangai buruk dia so buat apa nk risiko kan seluruh hidup dan masa depan hangpa untuk dia???So pikir lah masak-masak sebelum bertindak.. Jangan kerna chenta hidup anda derita..

Aku sekadar memberi nasihat dan pendapat,keputusan ditangan anda..Buatlah pilihan yang bijak ikut akal yang waras bukan ikut nafsu dan prasaan semata..




JANGAN BIARKAN CINTA MEMBUTAKAN MATA DAN MEMEKAKKAN TELINGA



Monday, October 19, 2009

Kali Pertama

1.Do you still talk to your FIRST love?..
nope

2.What was your FIRST job?..
Draughter.. ( that my job now)
3.What was your FIRST car?..
huhu..dont have any car..

4.Who was the FIRST person to text you today?..
Celcom..hehe

5.Who is the FIRST person you thought of this morning?..
xpk paper pn

6.Who was your FIRST grade teacher?..
Pn Noraziah.. ades masih terasa kegarangannya

7.Where did you go on your FIRST ride on an airplane?..
Kota Medan,indonesia

8.Who was your FIRST best friend & do you still talk?..
Anum

9.Who was the FIRST person you talked to today?..
Hanani Huda

10.What was the FIRST thing you did this morning?..
Tgk jam kt ncet den

11.FIRST foreign country you've gone to?..
Indonesia

12.FIRST movie you remember seeing?..
Cita thailand..tjk pe ntah


13.Who was your FIRST roommate?..
Aqilah , Iera , Nawal

14.What is something you would learn if you had the chance?..
Nk amik animation

15.Did you marry the FIRST person to ask for your hand in marriage/ you asked to marry?..
I'm single

16.What was the first sport you were involved in?..
bola Jaring

17.What is the first thing you do when you get home?..
tuka baju

18.Nama Org yg nak di TAG..
-Hannie Luv Vespa
-Radziah
-Ieka SyaZA
-Nadia
-Mady

Hello.. This my Life okey!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..bertemu lagi kita dalam laman blog aku yang cantik ni (sory r mau puji diri sendiri jap).. hari ni aku nak tulis bout sesuatu yang kita semua penah rasa.. nak tau rasa apa??? eh adik manis bukan aku nk citer bout rasa nk berak atau nk kentut k... aku nk tulis bout prasaan kita bila ada orang kutuk @ cuba melemparkan kata-kata yang bisa manjatuhkan keyakinan diri atau menjatuhkan maruah kita..

Ish2... tetibe je korang jadi tingat kat org2 yang selalu @ pernah buat bnd cmni kt korang kn.. takpe2 juz maaf kan je org cm 2, wt per kita nk susahkan diri if kita xmo maafkan dorg.. Buat susah je kt akhirat nnt..

Cuba bayangkan if kita nak buat suatu benda baru,aku amik contoh nk buka perniagaan r.. mesti ada orang yang akan cakap " boleh ke hang buat benda ni?? ramai dah aku tgk org cakap nk buat benda ni tapi sudahnya hampeh.. hang dah r bukan pandai sangat pun nk buat benda ni" untuk sesetengah org ayat ni boleh naikkan semangat tapi bagi setengah yang lain ( korng termasuk dlm setengah yang ni ker ? sila trzkan pembacaan ) ayat ni akan melemahkan semangat + keyakinan kita untuk buat apa yang kita nk buat..

Kita akan rasa down N susah hati N jiwa kaco tapi orang yg buat kita cm 2 ,bersenang lenang takda rasa apa2 pn kita plak yg murung dan x happy ... hye , come on jangan biarkan diri kita lemah hanya sebab kata-kata orang yang xberi kita apa2 modal pn..

if situasi ni jadi kt diri korg,aku syorkan korang buang prasaan ni jauh2 N korang fikir baik2.. Korang yang nak hidup, that ur life so u can do something that u want,people juz can say but they can stop something that u want to do.. Yang nk berjaya atau gagal diri anda , if anda berjaya anda yang untung if anda gagal amik kegagalan sebagai pengalaman buat diri anda..
If anda tak mencuba mcm mana anda nk tau anda berjaya atau tidak??

Kita boleh mintak pendapat semua orang if kita nak buat sesuatu..But last decision is on ur hand..jangan amik pusing dgn kata-kata yang bisa melemahkan kita.. selagi kita hidup dgn menurut kata org lain,hidup kita xkan kemana... Orang hanya akan tersenyum melihat kita gagal Atau berjaya tapi yang mengalami nya kita.. hanya diri kita yang layak menentukan hidup kita..

Tuesday, October 13, 2009

C.I.N.T.A


Cinta satu perkataan yang cukup ringkas tapi membawa 1001 macam cerita dan rasa.


Kerana CINTA orang boleh jadi sasau,
Kerana CINTA manusia bisa hilang pertimbangan,
Kerana CINTA yang gelap bisa bertukar cerah,
Kerana CINTA duka bisa bertukar suka,
Kerana CINTA juga bisa membuat suka menjadi derita.

Kerana CINTA tercipta ramai penulis handalan,
Kerana CINTA telah lahir berjuta insan bijak pandai,
Kerana CINTA telah lahir ribuan "sampah masyarakat"
Kerana CINTA juga banyak keluarga yang pincang,

Kerana CINTA banyak hati yang bahagia,
Kerana CINTA banyak juga hati yang terluka,








Monday, October 12, 2009

(動) 成仏する Yoshito Usai


Yoshito Usai
21 April 1958 - 11 Sept. 2009

Pencipta kartun Crayon Shin-Chan, Yoshito Usui (51thn) meninggal dunia pada 11 september 2009.Mayat beliau ditemui di gunung Arafune,oleh seorang pendaki.Mayat beliau berjaya dikeluarkan dari kawasan cerum itu oleh pihak polis pada petang ahad dan pihak polis telah mengenalpasti mayat beliau melalui rekod pergigian beliau..

Menurut pihak polis Usai terjatuh dari cerum akibat tergelincir semasa beliau sedang mengambil gambar disitu..

Satu kehilanga besar buat peminat manga jepun terutama nya peminat Crayon Shin-Chan..

Cari Hikmah

Tahniah aku ucapankan untuk UMNO kerna usaha pelaburan mereka untuk BAGAN PINANG telah memberikan hasil yg amat membangga dan mengembangkan mereka..

Nampaknya UMNO kali ini dapat tersenyum sampai ketelinga,bahkan mungkin juga bisa tersenyum semasa lena kerna kegembiraan yg telah sekian lama dinantikan ini..Sekurang-kurangnya Pak Jib dapatlah sedikit kebanggaan dalam hal ini..Isa lebih lah lagi bangganya kerna setelah UMNO gagal teruk dlm Pilihan Rakyat sebelum ini..

Buat Pakatan Rakyat,ini patut dilihat dari sudut positif dan hikmah kerna ini peringatan buat kita supaya tidak terlalu merasa kita sudah dalam kedudukan selesa..Masih perlu muhasab diri dalam hal ini..Cari hikmah disebalik kekalahan ini..

Apa pun , terus kan perjuang...

Friday, October 9, 2009

Lagi Pemuda masuk UMNO

Wah kerajaan UMNO nmpak ny terus mendapat keahlian baru..hehe..
Berita RTM pagi ni menunjukkan 80 pemuda PAS kedah mendaftarkan diri masuk UMNO..Mmg hebat r UMNO..semalam plak sekumpulan pemuda PKR masuk UMNO...

Best kan dorg ni tuka parti trz glamer msk TV...tapi yang musykilnya yang masuk UMNO no semua org berjawatan..Contoh ny kt kedah AJK pemuda PAS (xigt lak nm kampung) masuk UMNO,ciap buat pengakuan kt TV lagi...Lagi pelik yang kononnya AJK pemuda PAS ni cakap pn tergagap-gagap,ckp mcm baca skrip je... hehehe...aku rasa dorg ni juz nk buat gempaq je,ntah mamat mana ntah dorg upah melakonkan watak "AJK pemuda PAS" .... hehe..

TAhniah k buat pelakon semua...hehehehe

Thursday, October 8, 2009

PESAN BIJAK PANDAI,
JANGAN JADI KETAM,
BERJALAN SENGET ANAK DIBETULKAN'
PESAN GURUKU,
IKUTLAH RESMI KETAM,
UTAMAKAN ANAK DARI PERIBADI.

PESAN BIJAK PANDAI,
JANGAN JADI JEBAT,
DERHAKA SULTAN, MATI DIBUNUH'
PESAN GURUKU,
IKUTLAH RESMI JEBAT,
DEMI PERSAHABATAN NYAWA TERGADAI.

PESAN BIJAK PANDAI,
JANGAN JADI JENIN,
IMPIAN TINGGI, HANYA ANGANAN,
PESAN GURUKU,
IKUTLAH JENIN,
ADA MATLAMAT, ADA CITA-CITA.

PESAN BIJAK PANDAI,
DEKATLAH DIRIKU,
KAMU AKAN BERJAYA,
PESAN GURUKU,
KENALILAH DIRIMU,
KAMU AKAN JADI ORANG PALING BERJAYA.

Wednesday, October 7, 2009

Balik Kampung

Akhirnya aku da masa nk menulis bout blk kampung..

hari : Jumaat
Tarikh : 18 September 2009
6.30 pagi - kuat umh di ampang

balik ikut DUKE untuk ke tol duta then dari tol duta terus amik jln ke utara..balik kampung terchenta di kedah darul aman r apa lagi..
masa ktorg kuar pagi jumaat 2 lebuh raya masih lengang dari kehadiran kenderaan mungkin kerana masih ramai org yg berkerja pada hari jumaat tersebut...alhmadulillah sekurang-kurangnya kami tidak perlu menghadapi jem diperjalanan ini..
kira-kira 1jam perjalan kami singgah di R&R untuk ke tandas dan berehat kerana adik aku je yang memandu,aku masih baru mendapat lesen kenderaan jadi masih belum diberi kepercayaan untuk memandu..hehe..

semasa kami samai disempadan perak (banjaran titiwangsa) masih berkabus,sungguh indah permandang diwaktu itu..dingin...tenang ...damai...

Akhirnya setelah hampir 6jam perjalan kami pn sampai di tol PENDANG..hehe..dah nk spi umh ni,so hapy masa 2..

then lebih kurang kol 1.30 kami sampai di kubur panjang,singgah umah kak hanim amik iman darwish pas2 blk umah kt kampung pokok asam,pendang,kedah....

Tuesday, October 6, 2009

N13 Bagan Pinang


Aku pasti org nogori mesti tengah tersenyum riang menikmati layanan istimewa dari kerajaan pusat dalam erti kata lain dari UMNO...Dgr cerita kerajaan dh bersetuju nk menambah unit rumah rakyat untuk nogori..Kaum india yg tgl diladang akan dpt sekolah baru utk anak2 depa..Depa akan dpt elaun tambahan lagi..

fuh mmg kaya raya r rakyat nogori pas ni..

Tapi aku pn turut tersenyum(senyum sinis k) bila tgk berita RTM1 kol 8 mlm td,berbaloi2 RTM memuji UMNO dan bertimpa2 plak pakatan rakyat kena balun... ish2 keadaan ini membuatkan aku berkobar2 nk tgk keputusan pilihanrakyat kt bagan pinang nnt...

Bukan apa nk tgk adakah rakyat bagan pinang akan membuang undi kerana pendirian atau kerana termakan budi yang ditabur bagaikan menabur baja pada anak pokok baru oleh UMNO...


.