CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 7, 2009

Sup Cendawan


Bahan

  • 1 camb mentega
  • 1 camb marjerin
  • 1 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 labu bawang besar, dikiub kecil
  • 500 g cendawan segar, dihiris nipis
  • 400 ml susu segar
  • 1 kiub stok ayam/1 camb serbuk stok, jika suka
  • 1 camb tepung jagung (dibancuh dengan 2 camb air)
  • garam & serbuk lada hitam
  • daun parsli, utk hiasan


CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan mentega dan marjerin,
  2. tumis bawang putih dan bawang besar atas api perlahan hingga wangi.
  3. Masukkan cendawan, kacau dan tutup periuk.
  4. Masak selama 10 min sambil dikacau sekali-sekala.
  5. Angkat dan kisar atau proses hingga halus.
  6. Kembalikan ke dalam periuk semula, masukkan susu, stok, tepung jagung dan garam.
  7. Kacau tanpa henti hingga sup pekat.
  8. Tambah serbuk lada hitam
  9. sendukkan ke dalam mangkuk.
  10. Tunggu apa lagi,sila makan..hehe

SELAMAT MENCUBA

0 What say You Dude: