CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label pendapat aku jer. Show all posts
Showing posts with label pendapat aku jer. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Rakyat = Daun Palas

assalamualaikum...

selamt hari buruh..so korang mst bestkn bercuti 3hari ..
aku baru sampai umh sw , blk kg r 3ari cuti babe..

ok xmo story bout blk kg utk entry ni,aku nk tulis bout apa kaitan Rakyat ngn Daun Palas..

macam berbeza kan rakyat n daun palas,mmg berbeza dr segi rupa,sifat dan jenis tp dari segi kepentingan hampir sama..

naper??? meh aku story tp korang kene baca sampai abis k..

Rakyat
dicari time pilihanraya oleh pemimpin(org politik)

Daun Palas
dicari time raya oleh orang islam(nk wt ketupat palas)

Rakyat
amat penting time pilihanraya

Daun Palas
Amat penting time raya

Rakyat
Walau duduk kt pedalaman @ jauh mana pun akan dikunjungi pemimpin politik time pilihanraya

Daun Palas
orang sanggup masuk hutan kuar hutan nk cari daun palas time raya

Rakyat
dilupakan setelah habis pilihanraya

Daun Palas
dilupakan setelah habis raya

so, cuba tengok , nilai dan renung2 kn

eh , tp 1 perbezaan yg amat ketara antara Rakyat n Daun Palas .. iaitu:


Rakyat : ada akal dan kuasa untuk memilih pemimpin
Daun Palas : Xda akal n Xda kuasa untuk memilih nasib sendiri



p/s : my mum yg ckp rakyat mcm duan palas jer..btl gk kn..

Thursday, April 28, 2011

Reformasi pru - 13

adakah anda bersedia untuk hadapi REFORMASI lagi sebelum pru -13????

sila bersedia kerana tanda-tanda awal sudah ada.antara nya:

  1. kes liwat dsai masih belum selesai , so mungkin dsai akan dibawa ke lokap lagi????
  2. kes video seks dsai masih ditayangkan di pawagam berhampiran anda, so bimbang rakyat akan protes sebab gambar xjelas setelah beli tiket mahal2
  3. BN risau sejarah kejatuhan mereka pada pru- 12 berulang macam lagu newboy " sejarah mungkin berulang"
  4. Rumah PM kt putrajaya masih belum siap diubah suia jadi rakyat akan protes sebab risaukan keSELESAan PM and our luvly 1sr lady.

Wednesday, April 6, 2011

Oh Guru

okey aku nk tulis entry bout cikgu,leh x??

eh bkn sempena hari guru,saja je nk tulis coz ada kes baru2 ni kn..

bila ada kes student pengsan kena buli, meninggal ker, atau de kes anak dorg skt kt hostel ker kebanyakkan parents mst nk salah kn cikgu..

kekdgn if anak2 drg buruk pangai, jahat N xpandai ..dorg mst nk ckp cikgu xpandai ajaq anak drg..


ades,senang je nk tuduh cikgu cm 2..logik r cket if nk cakap apa2 pn..

cuba pikir .. parent yg ada 3,4 org anak jer kt umh pun xdpt nk didik anak dorg jadi TERBAIK ini kan pulak nk arap kn cikgu kt sek yg nk kena jg sampai berpuluh2 org studen untuk didik anak dorang jadi TERBAIK... logik x???

igt cikgu kt sek 2 jg 1 org bdk untuk 1 cikgu ker?????

lagi2 warden kt hostel, mmg ler tanggungjawap warden utk jg bdk2 hostel tp cube piki ada berapa ratus org kt hostel 2 untuk 5 org(cth) warden jg seBAIK yg parents arapkn..
parents pn kekdg anak2 drg leh cedera dlm pengawab drg,sedangkan ank2 dorg juz 2,3 org inikan plak warden yg nk kene jg beratus org kt hostel 2...


memang ler xdi nafikan ada sebilangan cikgu yg tak bertanggungjaawap tp janganlah kerna nila setitik habis rosak susu sebelnga...


aku bkn cikgu tp aku cuba memahami prasaan seorg guru..
aku bukan parents tp aku juga cuba memahami mereka..

semut mati pun sebab parti politik ker?

baru2 ni kes cikgu denda budak then budak yg didenda 2 mati..semua org salahkan cikgu 2..yang lagi pelik sampai kaitkan ngn isu politik lak..


aku pelik btl r masyarakat sekarang ni,semua bnd pn nk kaitkan ngn politik.. dari kes brg naik hrga,kes mahkamah,kes gado suami istri,kes wt seks kt otel , kes tsunami sampai kn kes kecik2 semua k kaitkn ngn politik ... ades rasional r cket babe..

if kes2 hrg brg 2 logik ler nk kait ngn politik , ni kes bdk mati kena denda apa kaitan ngn parti politik bro???

ade ke bdk 2 kene pukul sebab dia punya parti politik pilihan dia??? ke sebab dia jadi wakil rakyat untuk parti politik pilihan dia??? ke sebab dia ada pegi bom org ?? ada ker ?? xkan..

so kat mana rasionalnya kes ni ngn pembabitan mana2 parti polotik???

xde kaitan kan... hai nk berhujah pun biar r ada point yg munasabah...


pasni korg g kedah then tetbe ayar keta krg pancit so krg nk salah kn parti politik gak ker????


hai pk2 ler sebelum bercakap k...


assalamualaikum..(aku bg salam ni sebab kiter sesm islam bkn sebab politik k ).. ;)

Sunday, June 27, 2010

Kenapa DERHAKA

Assalamualaikum…
hmm tetiba ari ni aku de lak idea nk tulis kt sini…Tajuk entry aku kali ni KENAPA ANAK DERHAKA?? ..mudahnya aku nk cuba sampaikan pendapat aku apa punca atau sebab terjadinya kes SI TANGGANG ni ..

okey,secara logic akal dan apa yg kita nmpk @ baca kt mn2 news paper ; antara perkara pertama yg akan terlintas kt kepala otak anda mesti “ish apa daa kurang ajaq sgt budak ni,xkenang budi langsung” @ “ Anak camni lebih baik mampus je kecik2 dulu” @ “ Kalau r aku kenal binatang dah lama aku hempok ngn helmet itam aku” @ korg sendiri pn mst tau apa yg korg pk bila baca kes2 si TANGGANG ni kn..

so kt sini aku nk korg berpikir secara imbas muka (dh cm cerekarama lak ada teknik imbas muka..hehe)..maksud aku kita cuba pk kenapa kes camni jadi??? Apa punca nya??
Kenapa warga tua ni dpt anak derhaka camni??apa salah warga tua ni??
Dalam semua soklan ni korg kena letak satu KUNCI untuk menjawap soklan ni..KUNCInya ALLAH itu MAHA ADIL … ALLAH X KEJAM dan X ZALIM untuk semua hambaNYA..kerna de sebab kenapa bnd ni jadi..Mungkin masa zaman muda2 warga tua ni ada buat sesuatu yg salah@berdosa@yg xbetul so mungkin ini balasan kepada perbuatan dorg dl2..sebab ALLAH xkan sesaja nk jadi kan sesuatu sedangkan cacing tanah p nada sebab kenapa ALLAH mencipta cacing tanah..


Tapi ini bukan bermaksud aku membenarkan kes anak derhaka ni,Cuma aku cuba mencari sebab kes2 cmni terjadi..contoh nya

KES 1

seorg Ibu Tua diabaikan anak2 ny di rumah kebajikan..mungkin sewaktu muda dahulu Ibu Tua ini salah mengajar anak2nya , mungkin Ibu Tua ini dulunya seorang wanita bekerjaya yg terlalu sibuk dgn urusan kerja hingga mengabaikan kebajikan dan kasih sayang terhadap anak2 ny so bila besar anak2 ni xdapat nk menilai erti kasih sayang dan tidak merasa bertanggungjawap untuk menjaga Ibu Tua ini kerna sewaktu kecil mereka tidak didik dengan kasih sayang seorg ibu @ kekeluargaan yg sebenar…

KES 2

Andainya seorg Pak Tua lagi uzur diabaikan kebajikan nya oleh anaknya dipondok usang.. Mungkin kerna diwaktu zaman kegemilangan(zaman muda) Pak Tua ini merupakan seorng bapa yg baran dan bengis @ kaki pukul.. Anak2 sila sikit kena terajang,istri salah sikity kena lempang..So kt sini kita dah leh pk,anak2 ini sedari kecil dipukul , diherdik maka akan ada satu dendam dihati hingga menghilangkan ksih sayang dan cinta kepada Pak Tua ini..natijahnya Pak Tua ini diabaikan oleh anak2 nya..

KES 3

Nenek Tua yg ditinggalkan usang dipondok usang meniti hari2 tua yg makin senja sendirian..Kenapa tidak ada anak-menantu,cucu-cicit yg merawat atau melawat Nenek Tua ini?? Mungkin ini kerna sewaktu zaman kemegahan (zaman muda lagi sihat) dia merupakan seorg ibu yg xbaik (cam cite ibu mertuakku ) .. Seorg Ibu yg sering mencari salah menantu ny,yg sering memburuk-burukkan anak-menantunya so natijahnya cucu2 Nenek Tua ini akan rasa benci terhadap Nenek Tua ini kerna Nenek Tua ini sering menyakiti hati Ibubapa mereka..Lantas rasa sayang dihati cucu2 ini kurang..Tambahan pula Nenek Tua ini sering menyindir dan berfikiran buruk terhadap cucu2nya..Atau sering bercakap yg buruk2t tentang keluarga cucu2 ny dihadap cucu2 nya sediri sewaktu cucu2nya msih kecil jadi kasih sayang untuk Nenek Tua ini hilang sedikit demi sedikit dihati cucu2 nya..Natijahnya dihari tua Nenek ini sendiri tanpa kasih sayang keluarga..


Ini antara contoh kes yg aku pk kenapa ianya terjadi..Memang mudah untuk kita menghukum sesuatu yg tidak kita alami tetapi seandainya perkara2 ini terjadi kepada kita , kita harus cuba pk2 kn dan Tanya kekuatan iman didada..
Memang mudah untuk kita megucapkan “ Hang maafkan jelah bapak hang,lupakanlah apa yg dia dah buat kt hang dulu” tapi untuk mereka yg hadapi penyeksaan psykology dari kecil untk melupakan semuany abegitu sahaja..

Tetapi apa pn alsan anak2 derhaka ini menjadi derhaka , aku nk igt kn semua kawan2 yg baca entry ini dan untuk diri aku juga seburuk mana pun ibubapa dan keluarga kita, kita wajib terima mereka dan menjalankan tanggungjawap kita sebagai anak dan ahli keluarga
dengan baik .. Kerna apa yg kita lakukan sekarang samada perkara baik mahupun yg buruk ada balasannya , jika tidak dibalas di sini pasti ada balasan disana..


Baik buruk IBU BAPA kita,merekalah PERMULAAN HIDUP KITA DIDUNIA INI..

SAYANGILAH MEREKA SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA..

HILANGNYA SUAMI@ISTRI@KEKASIH MASIH BOLEH DICARI GANTI TETAPI HILANGNYA IBUBAPA TIDAK AKAN ADA PENGGANTI..


Okey akhir kata SOKONGLAH BRAZIL..hehe..