CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 9, 2009

Lagi Pemuda masuk UMNO

Wah kerajaan UMNO nmpak ny terus mendapat keahlian baru..hehe..
Berita RTM pagi ni menunjukkan 80 pemuda PAS kedah mendaftarkan diri masuk UMNO..Mmg hebat r UMNO..semalam plak sekumpulan pemuda PKR masuk UMNO...

Best kan dorg ni tuka parti trz glamer msk TV...tapi yang musykilnya yang masuk UMNO no semua org berjawatan..Contoh ny kt kedah AJK pemuda PAS (xigt lak nm kampung) masuk UMNO,ciap buat pengakuan kt TV lagi...Lagi pelik yang kononnya AJK pemuda PAS ni cakap pn tergagap-gagap,ckp mcm baca skrip je... hehehe...aku rasa dorg ni juz nk buat gempaq je,ntah mamat mana ntah dorg upah melakonkan watak "AJK pemuda PAS" .... hehe..

TAhniah k buat pelakon semua...hehehehe

Thursday, October 8, 2009

PESAN BIJAK PANDAI,
JANGAN JADI KETAM,
BERJALAN SENGET ANAK DIBETULKAN'
PESAN GURUKU,
IKUTLAH RESMI KETAM,
UTAMAKAN ANAK DARI PERIBADI.

PESAN BIJAK PANDAI,
JANGAN JADI JEBAT,
DERHAKA SULTAN, MATI DIBUNUH'
PESAN GURUKU,
IKUTLAH RESMI JEBAT,
DEMI PERSAHABATAN NYAWA TERGADAI.

PESAN BIJAK PANDAI,
JANGAN JADI JENIN,
IMPIAN TINGGI, HANYA ANGANAN,
PESAN GURUKU,
IKUTLAH JENIN,
ADA MATLAMAT, ADA CITA-CITA.

PESAN BIJAK PANDAI,
DEKATLAH DIRIKU,
KAMU AKAN BERJAYA,
PESAN GURUKU,
KENALILAH DIRIMU,
KAMU AKAN JADI ORANG PALING BERJAYA.

Wednesday, October 7, 2009

Balik Kampung

Akhirnya aku da masa nk menulis bout blk kampung..

hari : Jumaat
Tarikh : 18 September 2009
6.30 pagi - kuat umh di ampang

balik ikut DUKE untuk ke tol duta then dari tol duta terus amik jln ke utara..balik kampung terchenta di kedah darul aman r apa lagi..
masa ktorg kuar pagi jumaat 2 lebuh raya masih lengang dari kehadiran kenderaan mungkin kerana masih ramai org yg berkerja pada hari jumaat tersebut...alhmadulillah sekurang-kurangnya kami tidak perlu menghadapi jem diperjalanan ini..
kira-kira 1jam perjalan kami singgah di R&R untuk ke tandas dan berehat kerana adik aku je yang memandu,aku masih baru mendapat lesen kenderaan jadi masih belum diberi kepercayaan untuk memandu..hehe..

semasa kami samai disempadan perak (banjaran titiwangsa) masih berkabus,sungguh indah permandang diwaktu itu..dingin...tenang ...damai...

Akhirnya setelah hampir 6jam perjalan kami pn sampai di tol PENDANG..hehe..dah nk spi umh ni,so hapy masa 2..

then lebih kurang kol 1.30 kami sampai di kubur panjang,singgah umah kak hanim amik iman darwish pas2 blk umah kt kampung pokok asam,pendang,kedah....

Tuesday, October 6, 2009

N13 Bagan Pinang


Aku pasti org nogori mesti tengah tersenyum riang menikmati layanan istimewa dari kerajaan pusat dalam erti kata lain dari UMNO...Dgr cerita kerajaan dh bersetuju nk menambah unit rumah rakyat untuk nogori..Kaum india yg tgl diladang akan dpt sekolah baru utk anak2 depa..Depa akan dpt elaun tambahan lagi..

fuh mmg kaya raya r rakyat nogori pas ni..

Tapi aku pn turut tersenyum(senyum sinis k) bila tgk berita RTM1 kol 8 mlm td,berbaloi2 RTM memuji UMNO dan bertimpa2 plak pakatan rakyat kena balun... ish2 keadaan ini membuatkan aku berkobar2 nk tgk keputusan pilihanrakyat kt bagan pinang nnt...

Bukan apa nk tgk adakah rakyat bagan pinang akan membuang undi kerana pendirian atau kerana termakan budi yang ditabur bagaikan menabur baja pada anak pokok baru oleh UMNO...


.

Monday, October 5, 2009

SALAM LEBARAN

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
ANDAINYA SEPANJANG AKU MENULIS DISIN ADA CORETAN-CORETAN AKU YANG BUAT TEMAN-TEMAN SEMUA TERASA ATAU BERKECIL HATI,AKU MOHON KORANG MAAFKAN...
AKU HANYA INSAN BIASA YANG TIDAK DAPAT LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN..
MAAFKAN ATAS SEMUA SALAH DAN SILAP AKU SELAMA INI..

OKEY UNTUK YANG NK BALIK KAMPUNG , BALIK ELOK2..BERHATI-HATI DIJALAN RAYA....PASTIKAN RUMAH ANDA DITINGGALKAN DALAM KEADAAN SELAMAT..TUTUP SEMUA SUIS...

OKEY ,SALAM LEBARAN