Kenapa rakyat Indonesia begitu marah dengan malaysia??sedangkan soal tarian itu telah diterangkan kesilpan yang berlaku..
Mereka (indonesia) masih tetap mempersoalkan tentang kebudayaan malaysia yang kononnya dicuri dari kebudayaan indonesia..
Aku akui memang ada beberapa persamaan kebudayaan Malaysia tercinta dgn Indonesia..tetapi jika difikirkan secara logik akal dan lebih tepat lagi jika SELURUH RAKYAT INDONESIA mengkaji sejarah ASIA TENGGARA serta mengbaca asal usul kewujudan MALAYSIA(TANAH MELAYU *MELAKA) mereka tentu tidak jadi seBODOH sekarang dengan menuduh malaysia terchenta ini sebagai pencuri kebudayaan mereka...
Kenapa aku berkata demikian???Cuba kita kembali kepada asal usul PARAMESWARA yang berasal dari palembang jadi sedikit sebanyak parameswara telah membawa kebudayaan dari PALEMBANG ke MELAKA..Jadi memang tidak mustahil kebudayaan MALAYSIA TERCINTA hampir sama dengan INDONESIA[L]
Selain Parameswara,di MALAYSIA TERCINTA juga terdapat warganegara yang berketurunan MINANGKABAU,JAWA dan lain-lain keturunan yang berasal dari SEBERANG (insonesia[L] r 2) yang telah menetap disini sedari zaman belum merdeka malah ada yang nenek moyang mereka sudah menetap di MALAYSIA TERCINTA dari zaman kesultanan melayu melaka lagi jadi kebudayaan nenek moyang mereka sudah sebati dgn diri mereka dan menjadikan kebudayaan mereka itu sebahagian dari NEGARA MALAYSIA...
Jadi,pada pendapat aku tidak timbul soal menCURI budaya INDONESIA[L] , budaya kita hampir sama keranakita memang serumpun...Sebab PARAMESWARA telah datang ke MELAKA dan membuka MELAKA(TANAH MELAYU) jadi itu bukan budaya KORANG saja wahai INDONESIA[L]..
Kalau rakyat MALAYSIA juga bersikap seperti INDONESIA[L] sudah lama bendera INDONESIA[L] dibakar , dipijak dan rakyat mereka yang berSEPAH diMALAYSIA ini diSEPAK TERAJANGKAN kerana telah menCURI peluang kerja warga tempatan dan lebih teruk telah membuat penempatan HARAM diTANAH RAKYAT MALAYSIA..belum dikira lagi yang menCURI BEKALAN AIR dan ELEKTRIK..Ditambah lagi dengan perangai buruk BIBIK(AMAH) yang kurang ajar terhadap majikan..Kena buka topic lain untuk menceritkan tentang perangai warga INDONESIA[L] ni..
jadi kesimpulannya kaji dahulu sebelum bertindak..Jangan lantang menuduh orang lain tidak bertamadun tetapi hakikatnya diri sendir masih berlum bertamdun..
Saturday, September 12, 2009
Kembali pada SEJARAH
Coretan >>> GreenWave at 11:06:00 AM 0 What say You Dude
Wednesday, September 9, 2009
Sujud Syukur
Assalamualaikum semua..Cam lama xtulis blog ..
Okey hari ni aku nk tulis satu kisah benar yg agak mendebarkan..
Petang jumaat lepas mak aku call dari umh kt kg..Mak aku gtau satu pengalaman ngeri dia masa dia ngh tido ptg kat bilik TV kt umh..
Begini ceritanya........
Petang jumaat baru ni hujan kt kg aku,so mak aku pun seperti biasa merehatkan diri kt bilik TV kt umh 2..Mak aku Baring kt tas tikar buluh kt bilik TV 2,then mak aku tertido di situ ngn nyenyak ny..
Tetbe masa ngh tido mak aku terdengar somethg berbunyi,memandangkan mak aku masih lagi dalam keadaan sedar @ tidak(ye r ngh tido kan) so mak aku xpikir apa2 r ngn bunyi 2..
Mak aku tak buka mata r,tp xlama kemudian mak aku dgr lagi bunyi 2:"sssss....sssss" lebih kuran cmni r bunyi 2..Mak aku pikir HandPhone dia bunyi,so dia buka mata nk amik HandPhone dia.....
Tapi ,bila mak aku buka je mata dia.......Kat depan mak aku(lebih kurang jarak sekaki) ular tedung ngh berdiri dpn mak aku..Ular 2 sedang tenung mak aku N yg paling ngeri ny Ular 2 sedang kembangkan kepala dia..Menurut mak aku,ular 2 kembang kepala dia agar besar (cam ular yg ngh pertahankan diri yg kita slu tgk kt TV 2)..Sepantas kilat mak aku bangun then panggil abah aku..Masa mak aku bangun 2,ular menari-nari dpn mak aku tapi dia tak menghampiri mak aku,ular 2 juz menari-nari+mengembangkan kepala dia kt tmpt yg sama...
Bila abah aku dgr je mak aku pgl,abah aku trz p kt bilik TV...Then ngn pantas abah aku cari kayu nk pukul ular 2..
Masa abah aku pukul ular 2,dia cb melarikan diri untuk kuar dari umah tetapi abah aku berjaya pukul ular tersebut sampai mati...
Fuh....alhamdulillah semuanya selamat..Mak aku kata "rasa macam mati hidup balik"...
Then mak aku teruz buat sujud syukur diatas kejadian tersebut...
Coretan >>> GreenWave at 3:53:00 PM 0 What say You Dude
Label Juz Want 2 Share, Kehidupan, My Life
Cik HannieLuvVespa Kasi ini Tag
Nama Penuh : WaN
Tarikh Lahir : 4 Dec 85
Tempat Lahir : Kt Umah Keluarga ku di Kampung Pokok Asam
Tempat anda diBesarkan : Kedah
siapakah nama kawan rapat anda sewaktu anda kecil?
kawan rapat??sobri..hehe..kicik2 dl baik ckrg xg r
apakah permainan anda mase kecil2 yang anda ingat?
-Mandi sungai..
- Main tuju(baling) tin@kasut..
- Main perang2 ngn pistol kayu(kena peluru terung,mmg sakit beb)..
- Main bola sepak
kalau anda bergaduh dengan kawan anda, apakah yang akan anda katakan pada mereka?
- Asal xpuas ati???
di kawasan mane selalu menjadi tempat anda bermain?
- Satu kampung tempat aku bermain tapi fav place kt depan balai lintang(xtau nk xplain cmna balai lintang ni)
apakah cita-cita anda semasa kecil?
- doctor..Pelukis Kartun kt majalah Ujang(akhirnya aku jadi pelukis gk tp pelukis plan ...huhu)
apakah kartun atau rancangan tv yang anda gemari dan masih ingat hingga kini?
- Tom Sawyer
- Ninja Turtles
- Gaban
- suria perkasa hitam
makanan ringan apekah yang anda borong di kedai?
-Supering
nyatakan salah seorang kawan anda mase kecil yang anda teringin sangat nak jumpe sekarang?
- Along Kemam..mbr ms kt sekolah dl
apakah gelaran anda mase kecik?
- xigt lak..hehe
nyatakan seberapa banyak rakan bloggers anda yang ingin tau zaman kana-kanaknya..
-Ajan
-Jaja
-Radziah
-Ieka
Coretan >>> GreenWave at 3:23:00 PM 2 What say You Dude
Saturday, September 5, 2009
Anak Atau Binatang Peliharaan??

TENGOK , TELITI DAN FIKIRKAN

Coretan >>> GreenWave at 10:40:00 AM 0 What say You Dude
Label Email, Juz Want 2 Share
Rozita-Pengasas Sendayu Tinggi
Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana . Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil.. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.
Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.
Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.
Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.
Coretan >>> GreenWave at 10:27:00 AM 0 What say You Dude
Label Email, Info, Juz Want 2 Share, Kehidupan
