CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 22, 2009

9 SEBAB HATI TAK BAHAGIA

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. . Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam

Thursday, May 21, 2009

TaG

Peraturan nak jawab tag ni ialah:
1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
...hannie_luv_vespa...

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
1- suka kaco orang...
2 - suka baca komik...
3 - suka jejalan...
4 - suka makan karipap...
6 - aku ni gila2 cket...
7 - baran pn ada gk r tapi cket je...
8 - suka tgk ikan aku berenang...
9 - suka lpk kt kedai buku...
10 - suka animate jepun sangat2...

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog
1 - babeieka
2 - ajan
3 - fad

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
"ada taG untuk korang :) g kat blog aku k :)"



DURIAN (DEGHEYAN)


Oh komer, dghoyan dah berbunge moh kiter,
minang anok daghe
Anok dagher,
anok daghe Bote
teman jumpe,

di Padang Tenggale ,

Kate demer,sakit jatuh cinte
,
sakit lagi,biler jatuh tangge,
Kate demer,
cinte itu bute
nasib baik,
teman tak meghabe-ghabe,

Biler musem dghoyan,
demer moler bengkeng,
Jangan silap siket
,
nanti demer tengkeng
,


Kalau musem dghoyan,
ghamey bghani nampor,
Apa demer nak heghan,
saman buleh bayor
,

Oh komer, dghoyan udah lughuh lebeh baik,

cepat pergi suluh Lambat siket,
komer dapat habuk
Kalau tido,
jawabnyer tinggei pokok,

Duit dghoyan,
yang tue nak ke Mekah
,
yang mude,

gatei nak menikah Musim dghoyan,
banyak sedaghe-magh
e bile nebeh,
sekor tak nampak muke


(Mr Os)


Tiap kali musin degheyan(durian) mst aku teringat lagu ni,walaupn teman bkn org perok tapi teman ttp suke dengor lagu ni time musim degheyan kt kg teman kt Pendang ,Kedah Darul Aman... Sekarang ni musim durian kt kedah,mak ngn abah aku tiap mlm p kutip durian kt dusun...best beb kutip durian,plak 2 if time kita p kutip duria
n ada banyak durian luruh (bkn durian runtuh k)..

Aku dulu masa dok blaja kt SMKKP(dok umh),bila musim durian je mst tengah hari kena p dusun,petang kena p dusun+kekadng malam2 ikut abah p dusun suloh durian...tapi paling malas if kena bgn pagi2 p tgk durian,ni r yg paling malas ..bak kata mak aku 'nk mkn degheyan tapi nk p kutip degheyan malas'...

Yang aku paling igt time musim durian,if kami adik beradik ada kt umh(
masa 2 semua stil blajaq),kami semua akan p dusun durian pas 2 bawa pulut santan dalam bekas besaq...sampai kt dusun dok kt *dangau sementara tunggu durian luruh..pas 2 bila dengar je durian luruh,aku ngn kakak2 (kak nisah, kak liza, kak nim, kak ilah) +adik2 (mijah, zahidah) aku pn p cari kt mn durian luruh dah dpt durian trz kopek then mkn ngn pulut santan yg kami bawa td...kami xbawa pinggan so amik daun pisang je wt pinggan...mmg best r pengalaman ni,mkn durian br luruh dalam dusun durian tepi anak sungai ngn famly ( rindu time ni...ermmm terharu lak rasa..huhu)...

Tapi sekarang dh keja,xdok kt kg g so xdpt nk p kutip durian..xleh nk ikut abah amik durian mlm2...xleh nk tunggu durian time petang g....huhu.....Sekarang ni mak ngn abah je r dok p amik durian kt dusun pas 2 dh amik durian mak aku mst anta msg 'baru blk amik durian ni ngn abah' selalu mak aku anta msg bila p amik durian time mlm r,dalam kol 11 - 12 mlm mak aku kn msg gtau...

hmmm bln jun ni nk balik Pendang,xsabar nk balik.....xsabar nk jumpa mak + abah + adik dah + kak nim + iman + fayha' ....xsabar nk mkn durian gk...hehe


*Dangau = pondok tunggu durian yg arwah Tok Wan aku wt,pondok ni dibina daripada dahan & daun nipah yg tumbuh sekitar dusun durian ni



Wednesday, May 20, 2009

PUKAU

KISAH BENAR

Berhati-hati lah jika ketika anda isi minyak di petrol stesen, tiba-tiba anda dihampiri oleh lelaki keturunan pakistan yg menanyakan "di mana ada money changer?" elok anda jawab terus "tak tau!!" (mana ada money changer kat stesen minyak!!)kawan saya dah terkena, lelaki tersebut sapu something di pipi sentuh bahu dan , itu PUKAU! kawan saya tanpa sedar buka wallet dan duit diambil lelaki pakistan tersebut!!Nasib baiklah selepas itu sepupu kawan saya datang (waktu kejadian sepupu beliau pergi ke tandas stesen minyak) dan maka barulah kawan saya tersedar dah kena pukau....nasib baik duit hilang hanya rm400 sahaja!!kejadian ini berlaku di utara). stesen minyak petronas hentian rehat seremban (arahlelaki berketurunan pakistan tersebut menaiki kereta waja...ada 2 orang lagi dalam kereta tersebut. kawan saya tak sempat kejar sebab terkaku kena pukau...


Ini email yang aku dapat dari seorang kawan pagi tadi dengan tajuk 'Beware of Pukau di Stesen Minyak' ..hmm macam2 kes PUKAU sekarang ni yg jadi kt negara kita,selalu ny Orang Luar yang buat bnd2 cmni..dulu heboh pasal PUKAU guna duit siling,ramai juga org yg kena PUKAU cmni..salah seorg mangsa yg penah kena PUKAU duit siling ini ialah abg ipar roommate aku masa kt kolej dulu..cerita dia camni..


Abg ipar roommate Jamal(bukan nama sebenar), aku baru balik keja,kebetulan hari tu keta dia rosak so kena r pegi balik keja naik bus,masa tengah tunggu bus nk balik umah ..dia didatangi seorang lelaki warga Indonesia...Lelaki tu ddk kt sebelah Jamal,then dia jatuh kn duit siling 20sen..Lelaki Indonesia tadi tunduk nak amik duit siling tersebut....pas 2 sedar2 abang ipar member aku ni dah kt umh,kt umh baru dia sedar tadi dia dah bagi ATM card ngn pin no kt Lelaki Indonesia yg dia jumpa kt bus stop masa balik opis tadi...then bila dia p bank utk tgk akaun dia,duit gaji dia dh habis...akaun bank dia dh kosong,apa pn dia bersyukur dia selamat dan ATM card yg dia bagi 2 juz ada duit gaji bkn ATM card yg ada simpanan dia....

Pas 2 yg terbaru aku baca paper Kumpulan Pukau Warga Timur Tengah (Mintak Tukar Duit Luar ngn Ringgit Malaysia)...aku baru baca kt Harian Metro selasa(if xsalah 14 may 09)..

KUALA LUMPUR: Geng pukau Arab yang didalangi beberapa wanita dan lelaki Timur Tengah yang bergiat cergas menjalankan penipuan menukar wang kini dikesan beralih kepada pelancong asing sebagai sasaran terbaru.
Difahamkan, suspek yang pernah memperdaya beratus mangsa termasuk pemilik kedai dan rakyat tempatan masih menggunakan modus operandi sama iaitu menyamar untuk menukar mata wang asing kepada ringgit.
(baca penuh >> http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090514075834/Article/index_html)

Sebenarnya abah aku penah jumpa ngn sindiket ni,aku xcakap mangsa coz abah aku xbejaya dipukau mereka...alhamdulillah...cerita ny begini....

Abah aku ngn my mum g pasar pagi kt tanah merah(kedah darul aman),then masa abah aku ngh tgu mak aku beli barang(abah tunggu kt keta,kt tepi jalan besar) ada sebiji keta mai kt abah aku pas 2 penumpang tempat duduk depan kuar jumpa my abah...dia cakap Omputih ngn my abah,dia nk tuka duit..abah aku tanya r nk 'nk tuka duit bapa RM?' then lelaki Timur Tengah 2 cakap 'Nak tuka RM50'...abah cakap 'xda RM50'..pas 2 lelaki tadi nk mtk tuka RM10 lak....abah aku dh rs cm xsedap hati so abah aku blah je r.....

Hmmm.......aku harap kawan2 semua lebih berhati-hati coz kita xtau hati budi org...kita org Malaysia ni baik hati tapi kena igt xsemua org baik hati cm kita pikir..if nk tolong org pikir dulu coz zaman sekarang ni rambut pn dh wrn mcm2, hati apa ntah lagi kn...

k lah...

BERHATI-HATI UNTUK MENOLONG ORANG TAPI JANGAN SAMPAI TAK BERHATI PERUT LAK K

Peringatan

JOHN 3:16

Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16. Bila ditanya mereka tidak tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau menghina Islam.

John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia ini dan dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang kekal abadi".

Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia, sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar mana yang salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat saya mengenai hukumya)

JOHN 3:16"For God so loved the world that he gave his only Son, so that everyone who believes in him will not perish but have eternal life.

Harap ambil lah iktibar..